Rekabentuk persekitaran pusat penjagaan warga tua Kajian kes: Rumah Sri Kenangan Cheras / Syahrin Ahmad

Banyak rumah-rumah warga tua telah diwujudkan terutamanya di kawasan bandar untuk menampung pertambahan golongan warga tua yang tidak mendapat perhatian yang sewajarnya daripada waris masing-masing. Namun begitu, persekitaran tempat tinggal mereka seringkali diabaikan. Perkara ini perlu diberi p...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Ahmad, Syahrin
Format: Student Project
Language:English
Published: Faculty of Architecture, Planning and Surveying 2001
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/993/
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/993/1/PPb_SYAHRIN%20AHMAD%20AP%2001_5%20P01.pdf
Description
Summary:Banyak rumah-rumah warga tua telah diwujudkan terutamanya di kawasan bandar untuk menampung pertambahan golongan warga tua yang tidak mendapat perhatian yang sewajarnya daripada waris masing-masing. Namun begitu, persekitaran tempat tinggal mereka seringkali diabaikan. Perkara ini perlu diberi perhatian memandangkan persekitaran kawasan tempat tinggal mereka akan banyak membantu dalam mengurangkan beban tekanan hidup yang dialami. Kajian ini akan cuba memberi fokus terhadap persekitaran luaran pusat penjagaan warga tua supaya dapat membantu golongan ini hidup berdikari di samping mengurangkan tekanan hidup mereka. Hubungan antara rekabentuk ruang luaran dengan psikologi warga tua akan ditekankan. Pendekatan-pendekatan rekabentuk yang telah digunakan oleh beberapa pusat penjagaan warga tua di negara-negara lain akan dikaji untuk membina pemahaman rekabentuk yang inovatif supaya dapat membantu meningkatkan persekitaran pusat penjagaan warga tua di Malaysia. Semoga kajian ini akan membantu meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap pripentingnya untuk sama-sama memberi perhatian kepada golongan ini sejajar dengan wawasan negara untuk membina Masyarakat Penyayang.