Teknik pengajaran kemahiran bertutur Bahasa Arab di SMKA di Malaysia
Kurikulum bahasa meletakkan kemahiran bertutur sebagai komponen penting.Penguasaan kemahiran ini adalah satu aspek penting yang menentukan kejayaan pengajaran dan pembelajaran bahasa kedua atau bahasa asing. Ia berperanan sebagai penanda aras (benchmark) kejayaan penguasaan sesuatu bahasa. Kajian ek...
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, FSSK, UKM
2011
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/1001/ http://journalarticle.ukm.my/1001/ http://journalarticle.ukm.my/1001/1/67-82.pdf |
Summary: | Kurikulum bahasa meletakkan kemahiran bertutur sebagai komponen penting.Penguasaan kemahiran ini adalah satu aspek penting yang menentukan kejayaan pengajaran dan pembelajaran bahasa kedua atau bahasa asing. Ia berperanan sebagai penanda aras (benchmark) kejayaan penguasaan sesuatu bahasa. Kajian eksplorasi ini dapat meneroka teknik pengajaran kemahiran bertutur yang menjadi amalan guru bahasa Arab di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) di Malaysia. Ia bertujuan untuk mengenal pasti teknik yang kerap dilakukan oleh guru dan memastikan adakah teknik
yang menjadi amalan guru menyokong pendekatan komunikatif yang menjadi asas pembinaan Kurikulum Bahasa Arab (KBA). Kajian ini menggunakan dua set soal selidik sebagai instrumen kajian yang melibatkan 73 orang guru SMKA yang melaksanakan kurikulum bahasa Arab dan 1371 orang pelajar dari 16 buah SMKA yang dibahagikan mengikut empat zon. Dapatan kajian menunjukkan guru lebih banyak menggunakan
teknik pengajaran yang memerlukan respon terus dan ringkas seperti penggunaan teknik soal jawab dan teknik dengar tutur. Manakala teknik-teknik lain kurang dilakukan oleh
guru seperti teknik gantian, penukaran, berteriak, latihan pengembangan, latihan betul salah, latihan lanjutan, lakonan dan karangan berangkap. Penggunaan teknik yang
memerlukan respon ringkas dan terus menghadkan peluang pelajar berkomunikasi dan secara tidak langsung berperanan sebagai penghalang proses mengfungsikan bahasa untuk komunikasi. Aspek dorongan dan peluang berkomunikasi menggunakan bahasa yang dipelajari adalah prinsip utama pengajaran kemahiran bertutur berasaskan kepada
pendekatan komunikatif. Keadaan ini menunjukkan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di Malaysia tidak menepati ciri pengajaran komunikatif seperti yang dimuatkan
dalam KBA. |
---|