Pembingkaian berita persempadanan camar bulan dan tanjung Datu, Kalimantan Barat
Penyelidikan ini mengungkapkan berita atas talian dalam Kompas.com dan Utusan Online mengenai kecondongan berita, bentuk pembingkaian berita, dan faktor-faktor yang mempengaruhi pembinaan bingkai berita isu sempadan daerah Camar Bulan dan Tanjung Datu. Analisis kandungan kualitatif berpandukan model...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Pusat Pengajian Media dan Komunikasi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
2015
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/10020/ http://journalarticle.ukm.my/10020/ http://journalarticle.ukm.my/10020/1/V31_2_21.pdf |
Summary: | Penyelidikan ini mengungkapkan berita atas talian dalam Kompas.com dan Utusan Online mengenai kecondongan berita, bentuk pembingkaian berita, dan faktor-faktor yang mempengaruhi pembinaan bingkai berita isu sempadan daerah Camar Bulan dan Tanjung Datu. Analisis kandungan kualitatif berpandukan model Entman (1993) bingkai empat fungsi iaitu pendefinisian masalah, penyebab masalah, penilaian moral, dan penyelesaian masalah serta temu bual mendalam telah digunakan untuk mencapai tujuan kajian ini. Pada aspek analisis kandungan diperolehi dapatan yang berbeza iaitu Kompas.com bersifatkan dinamik, kontemporari, dan lebih kepada konsep kewartawanan perang berbanding kewartawanan damai dan neutral, manakala Utusan Online bersifatkan normatif, tradisional, dan berkonsep kewartawanan damai dan neutral berbanding perang. Pada proses pembingkaian, Kompas.com dan Utusan Online bersandarkan kepada nasionalisme sebagai elemen terpenting dalam membina bingkai berita persempadanan. Manakala faktor-faktor pengaruh, pembingkaian berita persempadanan oleh Kompas.com dan Utusan Online dipengaruhi oleh faktor dalaman yang merangkumi nilai berita, nasionalisme, pengamalan kewartawanan bermakna, penentuan agenda media, kawalan media kepada pemerintah, kepemilikan media, falsafah dan asas media, reaksi balik terhadap media luar, dan kefahaman individual wartawan. Faktor luaran merangkumi minat pembaca, sistem media, norma dan kaedah kewartawanan, sejarah Indonesia-Malaysia, komersialisasi, propaganda dan kumpulan berkepentingan, sentimen anti-Malaysia, agensi berita asing, kepentingan rakyat dan negara,
dan politik dalaman negara. Sumbangan kajian ini ada pada
kewujudan aspek nasionalisme sebagai elemen penting dalam
melaporkan berita yang membabitkan negara. Dari segi penilaian
moral, nasionalisme antara tumpuan yang paling dominan dalam
kandungan berita. Pada faktor pengaruh, aspek nasionalisme juga
berperanan penting ke atas penyusunan sesebuah berita. Oleh itu,
kajian ini memberi implikasi bahawa nasionalisme sememangnya
sukar dielakkan dalam membina berita persempadanan antara
Indonesia dan Malaysia. Meskipun kaedah etika kewartawanan
berteraskan objektiviti, namun subjektiviti wartawan tetap wujud
dalam menyusun berita-berita yang melibatkan negara. Subjektiviti
itu terbentuk dalam semangat nasionalisme. |
---|