Pembingkaian berita persempadanan camar bulan dan tanjung Datu, Kalimantan Barat

Penyelidikan ini mengungkapkan berita atas talian dalam Kompas.com dan Utusan Online mengenai kecondongan berita, bentuk pembingkaian berita, dan faktor-faktor yang mempengaruhi pembinaan bingkai berita isu sempadan daerah Camar Bulan dan Tanjung Datu. Analisis kandungan kualitatif berpandukan model...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Ruslan Ramli, Chang, Peng Kee, Shahrul Nazmi Sannusi
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Pengajian Media dan Komunikasi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2015
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/10020/
http://journalarticle.ukm.my/10020/
http://journalarticle.ukm.my/10020/1/V31_2_21.pdf
id ukm-10020
recordtype eprints
spelling ukm-100202017-01-23T09:40:03Z http://journalarticle.ukm.my/10020/ Pembingkaian berita persempadanan camar bulan dan tanjung Datu, Kalimantan Barat Ruslan Ramli, Chang, Peng Kee Shahrul Nazmi Sannusi, Penyelidikan ini mengungkapkan berita atas talian dalam Kompas.com dan Utusan Online mengenai kecondongan berita, bentuk pembingkaian berita, dan faktor-faktor yang mempengaruhi pembinaan bingkai berita isu sempadan daerah Camar Bulan dan Tanjung Datu. Analisis kandungan kualitatif berpandukan model Entman (1993) bingkai empat fungsi iaitu pendefinisian masalah, penyebab masalah, penilaian moral, dan penyelesaian masalah serta temu bual mendalam telah digunakan untuk mencapai tujuan kajian ini. Pada aspek analisis kandungan diperolehi dapatan yang berbeza iaitu Kompas.com bersifatkan dinamik, kontemporari, dan lebih kepada konsep kewartawanan perang berbanding kewartawanan damai dan neutral, manakala Utusan Online bersifatkan normatif, tradisional, dan berkonsep kewartawanan damai dan neutral berbanding perang. Pada proses pembingkaian, Kompas.com dan Utusan Online bersandarkan kepada nasionalisme sebagai elemen terpenting dalam membina bingkai berita persempadanan. Manakala faktor-faktor pengaruh, pembingkaian berita persempadanan oleh Kompas.com dan Utusan Online dipengaruhi oleh faktor dalaman yang merangkumi nilai berita, nasionalisme, pengamalan kewartawanan bermakna, penentuan agenda media, kawalan media kepada pemerintah, kepemilikan media, falsafah dan asas media, reaksi balik terhadap media luar, dan kefahaman individual wartawan. Faktor luaran merangkumi minat pembaca, sistem media, norma dan kaedah kewartawanan, sejarah Indonesia-Malaysia, komersialisasi, propaganda dan kumpulan berkepentingan, sentimen anti-Malaysia, agensi berita asing, kepentingan rakyat dan negara, dan politik dalaman negara. Sumbangan kajian ini ada pada kewujudan aspek nasionalisme sebagai elemen penting dalam melaporkan berita yang membabitkan negara. Dari segi penilaian moral, nasionalisme antara tumpuan yang paling dominan dalam kandungan berita. Pada faktor pengaruh, aspek nasionalisme juga berperanan penting ke atas penyusunan sesebuah berita. Oleh itu, kajian ini memberi implikasi bahawa nasionalisme sememangnya sukar dielakkan dalam membina berita persempadanan antara Indonesia dan Malaysia. Meskipun kaedah etika kewartawanan berteraskan objektiviti, namun subjektiviti wartawan tetap wujud dalam menyusun berita-berita yang melibatkan negara. Subjektiviti itu terbentuk dalam semangat nasionalisme. Pusat Pengajian Media dan Komunikasi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2015 Article PeerReviewed application/pdf en http://journalarticle.ukm.my/10020/1/V31_2_21.pdf Ruslan Ramli, and Chang, Peng Kee and Shahrul Nazmi Sannusi, (2015) Pembingkaian berita persempadanan camar bulan dan tanjung Datu, Kalimantan Barat. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 31 (2). pp. 341-370. ISSN 0128-1496 http://www.ukm.my/jkom/journal/volumes/volume31-2-2015.html
repository_type Digital Repository
institution_category Local University
institution Universiti Kebangasaan Malaysia
building UKM Institutional Repository
collection Online Access
language English
description Penyelidikan ini mengungkapkan berita atas talian dalam Kompas.com dan Utusan Online mengenai kecondongan berita, bentuk pembingkaian berita, dan faktor-faktor yang mempengaruhi pembinaan bingkai berita isu sempadan daerah Camar Bulan dan Tanjung Datu. Analisis kandungan kualitatif berpandukan model Entman (1993) bingkai empat fungsi iaitu pendefinisian masalah, penyebab masalah, penilaian moral, dan penyelesaian masalah serta temu bual mendalam telah digunakan untuk mencapai tujuan kajian ini. Pada aspek analisis kandungan diperolehi dapatan yang berbeza iaitu Kompas.com bersifatkan dinamik, kontemporari, dan lebih kepada konsep kewartawanan perang berbanding kewartawanan damai dan neutral, manakala Utusan Online bersifatkan normatif, tradisional, dan berkonsep kewartawanan damai dan neutral berbanding perang. Pada proses pembingkaian, Kompas.com dan Utusan Online bersandarkan kepada nasionalisme sebagai elemen terpenting dalam membina bingkai berita persempadanan. Manakala faktor-faktor pengaruh, pembingkaian berita persempadanan oleh Kompas.com dan Utusan Online dipengaruhi oleh faktor dalaman yang merangkumi nilai berita, nasionalisme, pengamalan kewartawanan bermakna, penentuan agenda media, kawalan media kepada pemerintah, kepemilikan media, falsafah dan asas media, reaksi balik terhadap media luar, dan kefahaman individual wartawan. Faktor luaran merangkumi minat pembaca, sistem media, norma dan kaedah kewartawanan, sejarah Indonesia-Malaysia, komersialisasi, propaganda dan kumpulan berkepentingan, sentimen anti-Malaysia, agensi berita asing, kepentingan rakyat dan negara, dan politik dalaman negara. Sumbangan kajian ini ada pada kewujudan aspek nasionalisme sebagai elemen penting dalam melaporkan berita yang membabitkan negara. Dari segi penilaian moral, nasionalisme antara tumpuan yang paling dominan dalam kandungan berita. Pada faktor pengaruh, aspek nasionalisme juga berperanan penting ke atas penyusunan sesebuah berita. Oleh itu, kajian ini memberi implikasi bahawa nasionalisme sememangnya sukar dielakkan dalam membina berita persempadanan antara Indonesia dan Malaysia. Meskipun kaedah etika kewartawanan berteraskan objektiviti, namun subjektiviti wartawan tetap wujud dalam menyusun berita-berita yang melibatkan negara. Subjektiviti itu terbentuk dalam semangat nasionalisme.
format Article
author Ruslan Ramli,
Chang, Peng Kee
Shahrul Nazmi Sannusi,
spellingShingle Ruslan Ramli,
Chang, Peng Kee
Shahrul Nazmi Sannusi,
Pembingkaian berita persempadanan camar bulan dan tanjung Datu, Kalimantan Barat
author_facet Ruslan Ramli,
Chang, Peng Kee
Shahrul Nazmi Sannusi,
author_sort Ruslan Ramli,
title Pembingkaian berita persempadanan camar bulan dan tanjung Datu, Kalimantan Barat
title_short Pembingkaian berita persempadanan camar bulan dan tanjung Datu, Kalimantan Barat
title_full Pembingkaian berita persempadanan camar bulan dan tanjung Datu, Kalimantan Barat
title_fullStr Pembingkaian berita persempadanan camar bulan dan tanjung Datu, Kalimantan Barat
title_full_unstemmed Pembingkaian berita persempadanan camar bulan dan tanjung Datu, Kalimantan Barat
title_sort pembingkaian berita persempadanan camar bulan dan tanjung datu, kalimantan barat
publisher Pusat Pengajian Media dan Komunikasi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
publishDate 2015
url http://journalarticle.ukm.my/10020/
http://journalarticle.ukm.my/10020/
http://journalarticle.ukm.my/10020/1/V31_2_21.pdf
first_indexed 2023-09-18T19:56:11Z
last_indexed 2023-09-18T19:56:11Z
_version_ 1777406544605872128