Artikulasi isu-isu sejarah dalam media massa di Malaysia
Kajian ini bertujuan menelusuri perkembangan mediaskap di Malaysia secara sepintas lalu dan diikuti artikulasi isu-isu sejarah dalam media massa di Malaysia menerusi temubual mendalam dengan pengamal media. Secara umumnya, dari awal pengenalan akhbar sewaktu zaman penjajahan British sehinggalah kemu...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
School of History, Politics and Strategic Studies, Faculty of Social Sciences and Humanities, Universiti Kebangsaan Malaysia
2016
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/10048/ http://journalarticle.ukm.my/10048/ http://journalarticle.ukm.my/10048/1/14064-38601-1-SM.pdf |
Summary: | Kajian ini bertujuan menelusuri perkembangan mediaskap di Malaysia secara sepintas lalu dan diikuti artikulasi isu-isu sejarah dalam media massa di Malaysia menerusi temubual mendalam dengan pengamal media. Secara umumnya, dari awal pengenalan akhbar sewaktu zaman penjajahan British sehinggalah kemunculan internet telah menyaksikan perubahan yang dramatik. Media memainkan pelbagai peranan penting kepada masyarakat mengikut peredaran masa. Peranan paling awal yang boleh dilihat adalah inisiatif mewujudkan semangat nasionalisme dan seterusnya mengerakkan usaha menuntut kemerdekaan. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh media di Malaysia dalam beberapa dekad kebelakangan ini untuk mengetengahkan peristiwa-peristiwa bersejarah bagi mempromosi toleransi dan perpaduan dalam kalangan masyarakat pluralistik Malaysia. Media juga dilihat secara konsisten berkompromi dengan dasar kerajaan untuk menghasilkan kandungan yang bersesuaian dengan nilai-nilai ketimuran dan memenuhi aspirasi negara melahirkan masyarakat demokratik yang liberal menjelang tahun 2020. Pelbagai program telah diterbitkan dengan matlamat memperkenalkan sejarah Malaysia misalannya Hari Ini Dalam Sejarah disamping menyelitkan peristiwa-peristiwa bersejarah sebagai latar cerita bagi mempromosi keharmonian dan keamanan kepada masyarakat multi etnik di Malaysia. Usaha ini dipermudahkan dengan dasar yang diterapkan oleh kerajaan. Kemunculan internet terutamanya enjin pencarian telah membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk mengakses lebih banyak maklumat. Sementara itu, media sosial telah bertindak sebagai platform wacana publik dan bertukar-tukar fikiran. |
---|