Penerokaan corak penggulungan syarikat di Malaysia mengguna kaedah perlombongan data

Penggulungan syarikat berlaku apabila syarikat tidak mampu membayar hutang kewangan atau sedang mengalami tekanan kewangan yang serius. Dari tahun 1998 sehingga 2003 secara purata sebanyak 1166 buah syarikat di Malaysia digulung pada setiap tahun. Kajian ini memfokus kepada penerokaan pengetahuan...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Suhaila Zainudin, Abdul Razak Hamdan, Zainol Aini Mohamed, Nor Idayu Ahmad Shukri
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2015
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/10050/
http://journalarticle.ukm.my/10050/
http://journalarticle.ukm.my/10050/1/10070-29349-1-PB.pdf
Description
Summary:Penggulungan syarikat berlaku apabila syarikat tidak mampu membayar hutang kewangan atau sedang mengalami tekanan kewangan yang serius. Dari tahun 1998 sehingga 2003 secara purata sebanyak 1166 buah syarikat di Malaysia digulung pada setiap tahun. Kajian ini memfokus kepada penerokaan pengetahuan penggulungan syarikat di Malaysia mengguna teknik perlombongan petua sekutuan (kuantitatif) dan penilaian pengetahuan menerusi penglibatan pakar dalam domain kajian (kualitatif). Perlombongan petua sekutuan diguna bagi melombong corak penggulungan syarikat dengan meneliti hubungan tersirat antara atribut syarikat seperti jumlah_aset, jumlah_liabiliti dan untung_rugi. Pakar domain berperanan mengesah hubungan yang signifikan antara atribut dan corak yang dilombong. Kajian ini berjaya melombong 2 kriteria kuantitatif dan 9 kriteria kualitatif berkaitan penggulungan syarikat. Gabungan kriteria ini berpotensi diguna bagi menilai risiko penggulungan syarikat Malaysia pada masa hadapan.