Model reka bentuk interaksi dalam persekitaran muzium maya

Muzium maya ialah sistem yang menyerupai muzium sebenar yang membenar pelawat menelusur, menjelajah dan memanipulasi artifak dan galeri secara dalam talian. Kajian interaksi pengguna menunjukkan kawalan persekitaran maya dan manipulasi artifak secara 360° adalah terhad selain daripada reka bentuk...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Tengku Siti Meriam Tengku Wook, Hairulliza Mohd Judi, Noraidah Sahari @ Ashaari, Hazura Mohamed, Siti Fadzilah Mat Noor, Normala Rahim
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/10058/
http://journalarticle.ukm.my/10058/
http://journalarticle.ukm.my/10058/1/13707-39637-1-PB.pdf
Description
Summary:Muzium maya ialah sistem yang menyerupai muzium sebenar yang membenar pelawat menelusur, menjelajah dan memanipulasi artifak dan galeri secara dalam talian. Kajian interaksi pengguna menunjukkan kawalan persekitaran maya dan manipulasi artifak secara 360° adalah terhad selain daripada reka bentuk antara muka yang tidak mematuhi prinsip asas reka bentuk. Salah satu usaha yang dilakukan oleh institusi muzium ialah mengimplementasi teknologi imersif bagi meningkat tahap interaksi pengguna. Namun, di Malaysia teknologi imersif dalam persekitaran maya adalah ketinggalan berbanding dengan negara maju, kerana teknologi ini tidak berkesan dari aspek kos. Oleh itu, pendekatan teknologi bukan imersif dengan mengimplementasi teknik visualisasi maklumat (VM) dan realiti maya (RM) sebagai paparan antara muka visual diguna bagi membangun model reka bentuk interaksi pengguna dalam muzium maya. Kajian ini mengguna kaedah reka bentuk berpusat pengguna melalui analisis keperluan pengguna termasuk pelawat, kurator, ahli akademik dan pelajar. Model yang dibangun dapat menjadi panduan dalam pembangunan prototaip muzium maya yang berupaya mempersembah pameran secara inovatif dan kreatif bagi menarik ramai pengguna berinteraksi dalam persekitaran maya.