Faktor penambahbaikan kriteria kebolehgunaan bagi portal kerajaan Malaysia

Penggunaan internet menjadi trend baru pengguna untuk memperoleh maklumat dan pengetahuan terutamanya perkhidmatan dari agensi kerajaan. Justeru, pembangun portal perlu memberi fokus ke atas kualiti antara muka portal bagi memasti interaksi pengguna yang lancar dan fleksibel. Isu kebolehgunaan yang...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Wan Siti Nur'ain Omar, Tengku Siti Meriam Tengku Wook
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/10060/
http://journalarticle.ukm.my/10060/
http://journalarticle.ukm.my/10060/1/14656-43949-1-PB.pdf
Description
Summary:Penggunaan internet menjadi trend baru pengguna untuk memperoleh maklumat dan pengetahuan terutamanya perkhidmatan dari agensi kerajaan. Justeru, pembangun portal perlu memberi fokus ke atas kualiti antara muka portal bagi memasti interaksi pengguna yang lancar dan fleksibel. Isu kebolehgunaan yang timbul semasa pembangunan dapat menjejas fungsi antara muka portal yang disedia. Ketidakpatuhan kepada garis panduan kebolehgunaan semasa pembangunan, rujukan yang kompleks dan tidak merangkumi kriteria kebolehgunaan sebenar menjadi punca kepada kegagalan menghasil antara muka yang boleh guna. Satu model pengukuhan kriteria kebolehgunaan dibangun sebagai langkah penambahbaikan dan garis panduan sedia ada yang dikuat kuasa diteliti bagi mengatasi isu kebolehgunaan ini. Hasil daripada penambahbaikan mengenal pasti tujuh kriteria kebolehgunaan baharu; Fungsi dan Kesesuaian, Sokongan dan Panduan, Ralat dan Pemulihan, Kawalan dan Kestabilan, Perisian dan Perkakasan, Proses Reka Bentuk dan Penilaian serta Kerahsiaan. Kriteria ini tidak disenarai sebagai kriteria wajib patuh oleh agensi penguatkuasa dan ianya dijangka mampu mempengaruhi reka bentuk kebolehgunaan portal sektor awam.