Keberkesanan kaunseling kelompok tingkah laku kognitif terhadap kemarahan dan agresif dalam kalangan banduan penjara lelaki

Tujuan kajian ini adalah untuk melihat keberkesanan kaunseling kelompok tingkah laku kognitif terhadap kemarahan dan agresif dalam kalangan banduan penjara lelaki di penjara Malaysia. Seramai 40 orang banduan penjara lelaki terlibat dalam kajian ini. Subjek diagihkan kepada kelompok rawatan (N=20) d...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Norzihan Ayub, Rohany Nasir, Mohd Suhaimi Mohamad, Nor Ba’yah Abdul Kadir
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/10080/
http://journalarticle.ukm.my/10080/
http://journalarticle.ukm.my/10080/1/196-766-1-PB.pdf
Description
Summary:Tujuan kajian ini adalah untuk melihat keberkesanan kaunseling kelompok tingkah laku kognitif terhadap kemarahan dan agresif dalam kalangan banduan penjara lelaki di penjara Malaysia. Seramai 40 orang banduan penjara lelaki terlibat dalam kajian ini. Subjek diagihkan kepada kelompok rawatan (N=20) dan kelompok kawalan (N=20) melalui kaedah persampelan bertujuan. Subjek kemudian dibahagikan kepada kelompok kecil (dua kelompok rawatan) dan (dua kelompok kawalan) yang mana setiap kelompok terdiri daripada 10 orang banduan penjara. Kelompok rawatan telah menjalani proses kaunseling kelompok sebanyak lapan sesi. Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada State­Trait Anger Expression Inventory­2 (STAXI­2) dan Aggression Questionnaire (AQ) yang digunakan untuk mengukur emosi kemarahan dan tingkah laku agresif. Data telah dianalisis dengan menggunakan analysis of covariance(ANCOVA) pada nilai aras kesignifikanan 0.05. Keputusan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam min ujian pra dan min ujian pos pada skala STAXI-2 iaitu keadaan kemarahan, tret kemarahan dan peluahan kemarahan luaran di antara kelompok rawatan dan kelompok kawalan. Walaubagaimanapun keputusan menunjukkan tidak terdapat perbezaan pada skala peluahan kemarahan dalaman, kawalan kemarahan luaran dan kawalan kemarahan dalaman di antara kedua-dua kelompok tersebut. Keputusan kajian ini juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam min ujian pra dan min ujian pos pada agresif di antara kelompok rawatan dan kelompok kawalan. Beberapa implikasi kajian dan cadangan untuk kajian lanjutan turut dikemukakan.