Pemetaan struktur peristiwa bahasa: komunikasi bebas konflik
Makalah ini bertujuan untuk memetakan struktur peristiwa bahasa dalam novel Melunas Rindu, iaitu teks Komsas yang digunakan oleh para murid Tingkatan 4 Zon 4 di negeri Johor, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, Malaysia. Penggunaan bahan Komsas mampu menjadikan murid seorang insan yang...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2016
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/10137/ http://journalarticle.ukm.my/10137/ http://journalarticle.ukm.my/10137/1/10067-33381-1-PB.pdf |
Summary: | Makalah ini bertujuan untuk memetakan struktur peristiwa bahasa dalam novel Melunas
Rindu, iaitu teks Komsas yang digunakan oleh para murid Tingkatan 4 Zon 4 di negeri Johor,
Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, Malaysia. Penggunaan bahan Komsas
mampu menjadikan murid seorang insan yang berfikir tentang kebaikan, kehalusan budi dan
mengutamakan kesopanan berbahasa. Justeru, amalan murni ini dapat melahirkan insan yang
bersikap positif dalam menangani pelbagai situasi. Oleh itu, aspek kesopanan berbahasa perlu
dititikberatkan dalam komunikasi sama ada secara lisan mahupun dalam bentuk tulisan
supaya tidak ada pihak yang tersinggung atau mengalami konflik. Dalam konteks karya
sastera, paparan kesopanan dalam peristiwa bahasa dimanifestasikan melalui peristiwa bahasa
yang menggunakan struktur tertentu dalam dialog agar maklumat yang disampaikan bebas
konflik. Analisis ini akan memperlihatkan pemetaan struktur peristiwa bahasa berdasarkan
dialog watak utama dan watak sampingan dalam bab 16 novel ini. Kajian ini akan
mengaplikasikan kombinasi model kesopanan Leech (1983) dan model kerjasama Grice
(1975) yang membentuk Model Pola Kombinasi Maksim Umum (MPKMU) bagi
menganalisis data kajian. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kepustakaan,
analisis teks dan kaedah kuantitatif. Dapatan kajian menunjukkan pemetaan struktur
peristiwa bahasa memperlihatkan paparan struktur yang bervariasi bagi memenuhi keperluan
mewujudkan situasi komunikasi bebas konflik. Kewujudan situasi ini dapat menjamin semua
pihak berada dalam zon yang selesa selain meningkatkan keberkesanan dalam berkomunikasi
apabila objektif setiap penutur atau pemeran tercapai. Situasi ini sekali gus memanifestasikan
kepentingan amalan kesopanan berbahasa semasa berkomunikasi. Kesimpulannya, pemetaan
struktur peristiwa bahasa dengan menggunakan kombinasi kedua-dua model dapat
mencerminkan kesopanan berbahasa secara terperinci dalam peristiwa bahasa Melunas
Rindu. |
---|