Interaksi ujaran kanak-kanak menerusi elemen pendigitalan dalam penceritaan

Penerapan elemen penceritaan dan pendigitalan merupakan elemen yang menarik minat kanak-kanak terutamanya dalam aspek perkembangan interaksi sosial dan komunikasi. Hal ini juga bersesuaian dengan kehidupan berteknologi kini yang mengaplikasikan penggunaan teknologi dan digital dalam hampir kesemu...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nurfarhana Shahira Rosly, Normaliza Abd Rahim, Hazlina Abdul Halim
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/10138/
http://journalarticle.ukm.my/10138/
http://journalarticle.ukm.my/10138/1/8866-33382-1-PB.pdf
Description
Summary:Penerapan elemen penceritaan dan pendigitalan merupakan elemen yang menarik minat kanak-kanak terutamanya dalam aspek perkembangan interaksi sosial dan komunikasi. Hal ini juga bersesuaian dengan kehidupan berteknologi kini yang mengaplikasikan penggunaan teknologi dan digital dalam hampir kesemua pendekatan yang digunakan. Objektif kajian ini ialah untuk membincangkan interaksi ujaran kanak-kanak sekolah rendah menerusi elemen pendigitalan dalam penceritaan serta menganalisis interaksi ujaran kanak-kanak menerusi elemen pendigitalan dalam penceritaan dengan menggunakan Teori Analisis Wacana (Brown & Yule, 1983). Kajian ini dijalankan dengan melihat kepada interaksi ujaran yang dihasilkan oleh kanak-kanak tersebut menerusi elemen pendigitalan dalam penceritaan dengan mengaitkannya dengan teori yang berkaitan. Tiga orang kanak-kanak sekolah rendah berumur tujuh tahun yang bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Serdang telah dipilih sebagai responden kajian. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah pemerhatian, temu bual dan senarai soalan. Manakala instrumen kajian ialah cerita binatang berbentuk digital. Interaksi ujaran yang dihasilkan oleh responden dirakam dan didokumenkan dalam bentuk transkripsi bertulis. Hasil kajian ini memperlihatkan bahawa terdapat elemen yang merangsang interaksi ujaran kanak-kanak tersebut berdasarkan penerapan elemen pendigitalan dalam penceritaan yang digunakan. Kanak-kanak dilihat lebih fokus terhadap kaedah pembelajaran berbantukan komputer, mempamerkan kelakuan yang lebih aktif dan ceria, serta menghasilkan ujaran yang bersesuaian dengan konteks dan kehendak kajian. Kajian ini diharapkan dapat membantu dalam merangsang interaksi ujaran kanak-kanak yang bersesuaian dengan konteks mesej dan perbualan yang dijalankan. Selain itu, kajian ini juga diharap dapat membantu dalam perkembangan interaksi sosial kanak-kanak, bukan sahaja di sekolah malah dalam kehidupan seharian.