Pertumbuhan dan penambahbaikan nanokomposit Ag-ZnO untuk aktiviti fotomangkin
Kami melaporkan hasil kajian terhadap nanokomposit Ag-ZnO dengan nisbah berat yang berbeza bagi Ag:ZnO (0:10, 7:10 & 25:10) yang telah disediakan melalui kaedah sonokimia. Kajian fotomangkin terhadap nanokomposit Ag-ZnO menunjukkan peningkatan kecekapan fotomangkin terhadap foto-penguraian larut...
Main Authors: | , , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2016
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/10186/ http://journalarticle.ukm.my/10186/ http://journalarticle.ukm.my/10186/1/13%20M.T.M%20Ayob.pdf |
Summary: | Kami melaporkan hasil kajian terhadap nanokomposit Ag-ZnO dengan nisbah berat yang berbeza bagi Ag:ZnO (0:10, 7:10 & 25:10) yang telah disediakan melalui kaedah sonokimia. Kajian fotomangkin terhadap nanokomposit Ag-ZnO menunjukkan peningkatan kecekapan fotomangkin terhadap foto-penguraian larutan akues metilena biru berbanding nanobahan ZnO tulen di bawah penyinaran cahaya nampak. Sampel Ag-ZnO pada nisbah 7:10 menunjukkan aktiviti fotomangkin terbaik dan mencapai kadar penguraian sehingga 94% bagi tempoh masa penguraian selama 80 min, diikuti 86% bagi sampel ZnO tulen dengan menggunakan kaedah yang sama. Morfologi, struktur bahan, sifat optik dan kehabluran bagi nanokomposit Ag-ZnO juga dibincangkan menerusi data yang diperoleh melalui mikroskop elektron transmisi, spektroskopi ultralembayung-cahaya nampak dan difraktometer analisis sinar-X. Hasil kajian menunjukkan bahawa dengan penambahan zarah Ag kepada ZnO telah meningkatkan kadar serapan cahaya bagi ZnO di kawasan cahaya nampak dan meningkatkan kadar pemisahan cas foto-aruhan bagi menghasilkan rawatan air tercemar pewarna yang lebih baik. |
---|