Tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap guru sekolah menengah terhadap penggunaan Web 2.0 dalam pengajaran bahasa Melayu

Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap penggunaan/pengetahuan guru terhadap penggunaan Web 2.0 dan Internet dan keberkesanan Web 2.0 semasa proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Selain itu, kajian ini juga dijalankan untuk menentukan tahap pengetahuan, kemahiran, dan sikap terhadap pe...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Suzlina Hilwani Baharuddin, Jamaludin Badusah
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/10193/
http://journalarticle.ukm.my/10193/
http://journalarticle.ukm.my/10193/1/115-226-1-SM.pdf
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap penggunaan/pengetahuan guru terhadap penggunaan Web 2.0 dan Internet dan keberkesanan Web 2.0 semasa proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Selain itu, kajian ini juga dijalankan untuk menentukan tahap pengetahuan, kemahiran, dan sikap terhadap penggunaan Web 2.0 dan Internet dalam kalangan guru. Seramai 208 orang guru Bahasa Melayu yang mengajar di 12 buah sekolah menengah daerah Kuala Langat telah dipilih sebagai sampel kajian. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik. Analisis deskriptif menggunakan kekerapan, peratus, dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru Bahasa Melayu mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi, tahap kemahiran yang sederhana, tahap sikap yang sederhana, kekangan kemahiran terhadap Internet pada tahap yang rendah, tahap pengetahuan/penggunaan Web 2.0 pada tahap yang rendah dan penilaian terhadap keberkesanan aplikasi Web 2.0 dalam pengajaran dan pembelajaran berada pada tahap yang tinggi.