Ubah suaian gred pencapaian pelajar dalam pemeringkatan sekolah menggunakan pendekatan VIKOR

Pemeringkatan merupakan satu proses penyusunan beberapa alternatif mengikut tertib keutamaan. Ianya berdasarkan kepada kriterium atau atribut yang ditentukan bagi setiap alternatif yang terlibat. Penilaian terhadap kriterium tersebut dilakukan dan kemudiannya suatu indeks komposit digubah bagi se...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Suhaina Musani, Abdul Aziz Jemain
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Pengajian Sains Matematik, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/10204/
http://journalarticle.ukm.my/10204/
http://journalarticle.ukm.my/10204/1/jqma-12-1_2-paper6.pdf
Description
Summary:Pemeringkatan merupakan satu proses penyusunan beberapa alternatif mengikut tertib keutamaan. Ianya berdasarkan kepada kriterium atau atribut yang ditentukan bagi setiap alternatif yang terlibat. Penilaian terhadap kriterium tersebut dilakukan dan kemudiannya suatu indeks komposit digubah bagi setiap alternatif untuk tujuan menyusun alternatif mengikut urutan keutamaan. Amalan ini dikenali sebagai pemutusan pelbagai kriterium (PPK). Terdapat beberapa pendekatan yang diamalkan dalam PPK, di antaranya dikenali sebagai VIKOR (Pengoptimuman Pelbagai Kriterium dan Penyelesaian Kompromi). Kajian ini bertujuan memerihalkan penggunaan VIKOR dalam pembinaan indeks komposit PPK bagi menyusun sekolah mengikut tahap pencapaian peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM). Sekolah mewakili alternatif manakala kursus sebagai kriterium. Keputusan peperiksaan bagi sesuatu kursus diberi dalam bilangan pelajar mengikut gred. Setiap kursus ini dinilai berdasarkan sembilan skala gred, iaitu dari gred terbaik sehingga gred gagal sebagai gambaran tahap pencapaian setiap kursus yang kemudiannya diubah suai menggunakan skor merit.