Pengurusan agihan zakat asnaf mu’allaf di Majlis Agama Islam Negeri Johor

Makalah berbentuk kajian deskriptif ini bertujuan untuk meneliti pengurusan agihan zakat asnaf mu’allaf di Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ). Instrumen kajian yang digunakan ialah kajian dokumen dan soal selidik. Sampel kajian seramai 30 orang yang terdiri daripada kalangan saudara baru terl...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Anuar Puteh, Rashidi Abbas, Abd. Ghafar Don, Zilal Saari, Muhammad Syafiee Elias
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/10225/
http://journalarticle.ukm.my/10225/
http://journalarticle.ukm.my/10225/1/16904-47670-1-SM.pdf
Description
Summary:Makalah berbentuk kajian deskriptif ini bertujuan untuk meneliti pengurusan agihan zakat asnaf mu’allaf di Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ). Instrumen kajian yang digunakan ialah kajian dokumen dan soal selidik. Sampel kajian seramai 30 orang yang terdiri daripada kalangan saudara baru terlibat dalam kajian ini dan lokasi kajian ialah di negeri Johor Darul Takzim. Terdapat dua konstruk yang dikaji, iaitu persepsi saudara baru terhadap pengurusan agihan zakat dan kesan-kesan agihan zakat kepada saudara baru. Dapatan kajian ini menunjukkan responden agak berpuas hati dengan sistem agihan zakat di MAINJ. Secara holistik, kajian ini merumuskan bahawa agihan zakat untuk asnaf mu’allaf adalah amat penting untuk dilaksanakan dan diuruskan dengan baik demi kesejahteraan para mu’allaf, khasnya dalam hal-ehwal pengurusan agihan zakat golongan ini di MAINJ.