Kekangan dan penyelesaian kelewatan pengurusan aset pusaka tak alih orang Islam di Malaysia

Di Malaysia, aset pusaka tak alih yang belum dituntut milik orang Islam semakin meningkat saban tahun. Nilaian aset pusaka yang belum dituntut dianggarkan sebanyak RM60 bilion pada tahun 2016 berbanding RM40 bilion pada tahun 2007. Kelewatan membuat permohonan pembahagian pusaka menyebabkan proses...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Bibi Nur Adila Zulkafli, Md Yazid Ahmad
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/10228/
http://journalarticle.ukm.my/10228/
http://journalarticle.ukm.my/10228/1/16912-47683-1-SM.pdf
Description
Summary:Di Malaysia, aset pusaka tak alih yang belum dituntut milik orang Islam semakin meningkat saban tahun. Nilaian aset pusaka yang belum dituntut dianggarkan sebanyak RM60 bilion pada tahun 2016 berbanding RM40 bilion pada tahun 2007. Kelewatan membuat permohonan pembahagian pusaka menyebabkan proses pembahagian pusaka menjadi lebih rumit sekiranya berlaku kematian berlapis ke atas waris-waris si mati dan secara langsung memberi impak dari sudut kelancaran pengurusan pembahagian aset pusaka tersebut. Selain itu, kewujudan tanah pusaka terbiar yang tidak ekonomik dan tunggakan cukai tidak dijelaskan turut memberi kesan terhadap aspek ekonomi negara. Justeru, artikel ini bertujuan unuk meninjau permasalahan yang menjadi punca kelewatan permohonan pengurusan pembahagian aset pusaka tak alih orang Islam berserta kaedah penyelesaiannya. Kajian secara kualitatif digunakan dengan mengambil pendekatan analisis kandungan dan tinjauan berbentuk temu bual separa struktur. Dapatan kajian mendapati terdapat dua masalah utama dalam pengurusan aset pusaka tak alih orang Islam yang belum dituntut, iaitu kekangan perundangan dan masalah sosial masyarakat. Oleh yang demikian, satu jalan penyelesaian yang praktikal diperlukan dalam menangani masalah tersebut.