Prospek perintah khidmat masyarakat di Mahkamah Syariah

Hukuman maksimum bagi kesalahan jenayah Syariah yang termaktub dalam enakmen dan akta mahkamah Syariah di Malaysia ialah tiga tahun penjara, RM5,000 dan enam kali sebatan. Apabila dikaji secara mendalam, hukuman ini didapati tidak setimpal dengan berat kesalahan jenayah yang dilakukan. Enakmen dan...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nurbazla Ismail, Mohd Al Adib Samuri
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/10231/
http://journalarticle.ukm.my/10231/
http://journalarticle.ukm.my/10231/1/16915-47689-1-SM.pdf
Description
Summary:Hukuman maksimum bagi kesalahan jenayah Syariah yang termaktub dalam enakmen dan akta mahkamah Syariah di Malaysia ialah tiga tahun penjara, RM5,000 dan enam kali sebatan. Apabila dikaji secara mendalam, hukuman ini didapati tidak setimpal dengan berat kesalahan jenayah yang dilakukan. Enakmen dan akta mahkamah Syariah juga tidak menyebut mana-mana hukuman lain yang boleh dihukumkan kepada pesalah jenayah Syariah di Malaysia. Justeru, kajian ini dilakukan untuk meneliti ruang pelaksanaan perintah khidmat masyarakat berdasarkan bidang kuasa mahkamah dan mengkaji prospek perintah khidmat masyarakat di Mahkamah Syariah menurut perspektif Hakim-hakim Syarie. Kajian ini menggunakan kaedah temu bual separa struktur dengan menemu bual sembilan orang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan seorang Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah di lima buah negeri di Malaysia. Sementara itu, dapatan kajian dianalisis menggunakan kaedah tematik dan deskriptif. Dapatan kajian ini menunjukkan perintah khidmat masyarakat boleh dilaksanakan sebagai satu hukuman pilihan bagi kesalahan jenayah Syariah di Malaysia. Ini berdasarkan kepercayaaan para Hakim Syarie bahawa perintah ini mempunyai prospek yang cerah untuk dilaksanakan dan boleh memberi kesan positif kepada pesalah. Kajian ini penting untuk menjadi panduan kepada pengamal undang-undang Syariah di Malaysia bagi melaksanakan perintah ini.