Konsep, dasar dan perlaksanaan Bandar Sejahtera dengan rujukan khas kepada Malaysia

Sifat lestari, daya huni, keselamatan dan kemudahan fizikal bandar yang lengkap sempurna adalah idaman dalam melakarkan pembentukan bandar sejahtera. Namun begitu, beberapa aspek kemanusiaan dengan cabaran baru masyarakat tidak diintegrasikan dengan baik dalam proses pembentukan bandar sejahtera....

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Kartini Aboo Talib @ Khalid
Format: Article
Language:English
Published: School of Social, Development and Environmental Studies, Faculty of Social Science and Humanities, Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/10322/
http://journalarticle.ukm.my/10322/
http://journalarticle.ukm.my/10322/1/3x.full-geo-mei16-kartini-edam.pdf
Description
Summary:Sifat lestari, daya huni, keselamatan dan kemudahan fizikal bandar yang lengkap sempurna adalah idaman dalam melakarkan pembentukan bandar sejahtera. Namun begitu, beberapa aspek kemanusiaan dengan cabaran baru masyarakat tidak diintegrasikan dengan baik dalam proses pembentukan bandar sejahtera. Kajian ini mengupas konsep perbandaran dan proses dari segi literatur, menjelaskan peraturan dan perundangan yang berkaitan dengan proses perbandaran. Persoalan kajian yang disingkap dan dibahaskan ialah anjakan paradigma daripada bentuk bandar sejahtera kepada bandar kesepaduan yang mengutarakan beberapa konteks cabaran seperti pembentukan bandar dan luar bandar kesan tinggalan sejarah kolonial dan impak persempadanan semula, kuota perumahan bumiputera, dan cadangan bandar kesepaduan yang mengambil kira aspek dan dimensi superdiversity. Kupasan komprehensif ini mendapati bahawa dasar perumahan tempatan perlu memikirkan usaha mewujudkan bandar kesepaduan dengan memperkasa pendekatan social collectivism agar cabaran isu superdiversity dapat ditanggani dengan baik dan berkesan bagi mewujudkan keharmonian bermasyarakat.