Memelihara keselamatan negara Malaysia: peristiwa Lahad Datu, Sabah
Pilihan raya adalah salah satu kriteria bagi negara demokrasi. Malaysia adalah sebuah negara demokrasi semenjak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Seperti kebanyakan negara baharu yang sedang membangun, perjalanan Malaysia menuju demokrasi penuh dengan cabaran memelihara keselamatan negara. Pas...
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
School of Social, Development and Environmental Studies, Faculty of Social Sciences and Humanities, Universiti Kebangsaan Malaysia
2016
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/10332/ http://journalarticle.ukm.my/10332/ http://journalarticle.ukm.my/10332/1/13x.full-geo-mei16-kamalomar-edam.pdf |
Summary: | Pilihan raya adalah salah satu kriteria bagi negara demokrasi. Malaysia adalah sebuah negara demokrasi semenjak
mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Seperti kebanyakan negara baharu yang sedang membangun, perjalanan
Malaysia menuju demokrasi penuh dengan cabaran memelihara keselamatan negara. Pasca pilhanraya ketiga, 1969,
menyaksikan peristiwa berdarah 13 Mei, sementara pra pilihanraya ke-13 pula telah mengejutkan negara apabila
sekumpulan angkatan bersenjata menceroboh Lahad Datu, Sabah, pada 9 Februari 2013. Lebih kurang sembilan
orang dari pihak berkuasa dan enam rakyat awam yang terkorban dalam kejadian berdarah tersebut. Objektif kajian
ini adalah untuk menganalisa bagaimanakah peristiwa Lahad Datu memberi impak terhadap keselamatan negara
Malaysia. Kajian ini menghujahkan lokasi geostrategik dan geofizikal Sabah, ketidakcukupan anggota keselamatan
dan juga ancaman dari Jamalul Kiram III Sultan Sulu berketurunan Suluk yang tidak diiktiraf, adalah antara faktor
peristiwa Lahad Datu. Ekoran dari kejadian tersebut, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM)
telah diwjudkan untuk memelihara keselamatan sempadan Malaysia Timur. Begitu juga isu domestik seperti
pendatang asing, ancaman maritim dan tuntutan bertindih, masih menjadi isu. Peristiwa dan isu ini menunjukkan
kajian ke atas Sabah semakin penting dan memerlukan perhatian kerana kepelbagaian isu domestik yang belum
selesai. |
---|