Persembahan saba: suatu ritual penyembuhan dari perspektif kosmologi
Tulisan ini meneroka persembahan saba sebagai suatu ritual untuk penyembuhan dengan tumpuan kajian terhadap tingkahlaku dan budaya. Cerakinan idea tentang persembahan saba ditelusuri melalui perspektif kosmologi. Ia berkaitan dengan alam semesta yang melibatkan fenomena dalam ruang dan masa melipu...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
School of Social, Development and Environmental Studies, Faculty of Social Sciences and Humanities, Universiti Kebangsaan Malaysia
2016
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/10363/ http://journalarticle.ukm.my/10363/ http://journalarticle.ukm.my/10363/1/3x.geografia-jun16-kipli-edam%20%281%29.pdf |
Summary: | Tulisan ini meneroka persembahan saba sebagai suatu ritual untuk penyembuhan dengan tumpuan kajian terhadap
tingkahlaku dan budaya. Cerakinan idea tentang persembahan saba ditelusuri melalui perspektif kosmologi. Ia
berkaitan dengan alam semesta yang melibatkan fenomena dalam ruang dan masa meliputi alam fizikal dan alam
metafizik serta kedudukan manusia dalam ruang tersebut. Hubungan manusia dengan alam mencetuskan kreativiti
dan keupayaan luar biasa untuk menghasilkan karya seni. Karya seni yang dihasilkan itu pula melambangkan
semangat mereka terhadap kosmologi kepercayaan keagamaan pengkarya. Ia turut berkaitan dengan empat unsur
kosmos, iaitu tanah, air, api dan angin. Karya seni yang dihasilkan turut dipercayai memiliki semangat ataupun jiwa.
Sehubungan itu, sudut pandang kosmologi menemukan pelbagai dimensi ruang dan kosmos yang menjadi pencetus
kepada penglahiran suatu pandangan dunia tentang fungsi persembahan saba sebagai suatu ritual penyembuhan. |
---|