Pengaruh aspek pengalaman ekopelancongan terhadap jangkauan kepuasan pelancong di Malaysia: kajian kes Melaka
Sehingga kini, tiada kajian secara komprehensif pernah dijalankan berkaitan dengan pengaruh pengalaman ekopelancongan terhadap jangkauan kepuasan pelancong di Negeri Melaka. Kajian ini bermatlamat untuk mengenal pasti pengaruh pengalaman (dari aspek produk, perkhidmatan dan perasaan) tentang ekope...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
School of Social, Development and Environmental Studies, Faculty of Social Sciences and Humanities, Universiti Kebangsaan Malaysia
2016
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/10369/ http://journalarticle.ukm.my/10369/ http://journalarticle.ukm.my/10369/1/9x.geografia-jun16-hamidi-edam.pdf |
Summary: | Sehingga kini, tiada kajian secara komprehensif pernah dijalankan berkaitan dengan pengaruh pengalaman
ekopelancongan terhadap jangkauan kepuasan pelancong di Negeri Melaka. Kajian ini bermatlamat untuk mengenal
pasti pengaruh pengalaman (dari aspek produk, perkhidmatan dan perasaan) tentang ekopelancongan terhadap
jangkauan kepuasan pelancong di Melaka. Sebanyak 560 sampel terdiri daripada pelancong domestik dan asing
diambil berdasarkan kaedah peratusan di 12 pusat ekopelancongan sekitar negeri Melaka bagi tujuan kaji selidik dan
analisis data pula menggunakan teknik korelasi pearson. Kajian mendapati bahawa pengalaman dari aspek produk
ekopelancongan mempengaruhi jangkauan kepuasan pelancong (r=0.691, p≤0.01), aspek perkhidmatan
mempengaruhi jangkauan kepuasan pelancong (r=0.720, p≤0.01), perasaan mempengaruhi jangkauan kepuasan
pelancong (r=0.723, p≤0.01) serta pengalaman secara keseluruhannya mempengaruhi jangkauan kepuasan
pelancong (r=0.862, p≤0.01). Bentuk hubungan adalah positif iaitu semakin baik aspek-aspek dalam pengalaman,
maka semakin baik jangkauan kepuasan pelancong, malah kesemua ujian menerima H1. Secara keseluruhannya,
pengalaman ekopelancongan mempengaruhi jangkauan kepuasan pelancongan dengan kekuatan kira-kira 86 peratus.
Walau bagaimanapun, secara keseluruhannya kajian mendapati masih perlu penambahbaikan terhadap Pelan
Ekopelancongan Kebangsaan dalam konteks penilaian dan kaedah peningkatan pengalaman ekopelancongan. |
---|