Mahathir dan berakhirnya Dasar Aparteid di Afrika Selatan
Kajian ini melihat penglibatan Malaysia dalam usaha menghapuskan dasar aparteid di Afrika Selatan yang tidak berapa diberi perhatian oleh dunia dan khususnya anggota negara Komanwel. Nama Malaysia tidak begitu menyerlah hanya usaha Tunku Abdul Rahman yang berjaya membuatkan negara Afrika Selatan k...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
School of Social, Development and Environmental Studies, Faculty of Social Sciences and Humanities, Universiti Kebangsaan Malaysia
2016
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/10371/ http://journalarticle.ukm.my/10371/ http://journalarticle.ukm.my/10371/1/11x.geografia-jun16-jab-edam.pdf |
Summary: | Kajian ini melihat penglibatan Malaysia dalam usaha menghapuskan dasar aparteid di Afrika Selatan yang tidak
berapa diberi perhatian oleh dunia dan khususnya anggota negara Komanwel. Nama Malaysia tidak begitu
menyerlah hanya usaha Tunku Abdul Rahman yang berjaya membuatkan negara Afrika Selatan keluar dari
Komanwel. Ini tidak memberi impak kepada negara Afrika Selatan kerana dengan keluar dari Komanwel tidak dapat
menahan dasar aparteid dari terus dilaksanakan. Ini berterusan walaupun terdapat banyak negara yang mengutuk
dasar aparteid di Afrika Selatan. Kemuncak dari desakan untuk menghapus dasar aparteid ini apabila munculnya Dr.
Mahathir di persidangan Komanwel Nassau, Bahamas pada tahun 1985. Kemunculan Dr. Mahathir telah menambah
tekanan kepada pihak Afrika Selatan dan Britain. Artikel ini melihat pengaruh Dr. Mahathir terserlah apabila
Malaysia menjadi hos persidangan Komanwel pada tahun 1989 dan memberi peluang kepada Dr. Mahathir
meneruskan agenda pada tahun 1985 dengan memberi penekanan lebih kepada keengganan Britain untuk bersama
Komanwel mengenakan sekatan ekonomi terhadap Afrika Selatan. Thatcher yang tertekan telah membuat bantahan
dengan mengadakan sidang akhbar selepas Kenyataan Kuala Lumpur diumumkan. Walau bagaimanapun usaha
Thatcher gagal untuk mempengaruhi Komanwel dan Dr. Mahathir terus mendesak supaya dasar aparteid benarbenar
dihapuskan. Ramai sarjana yang tidak melihat kejayaan menghapus aparteid di Afrika Selatan sebagai satu
kejayaan Malaysia dan khususnya Dr. Mahathir. Penulisan ini melihat peranan Dr. Mahathir sebagai salah seorang
juara dalam memperjuangkan hak asasi manusia dalam menghapus dasar aparteid di Afrika Selatan dan
membebaskan pemikiran dari belenggu penjajah dengan tidak mengikut telunjuk bekas penjajah iaitu Britain. |
---|