Pendekatan pengajaran secara berkumpulan dalam Program Pemulihan Khas Bahasa Melayu
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap perlaksanaan, penguasaan, dan keberkesanan pendekatan pengajaran secara berkumpulan oleh Guru Pemulihan Khas dalam Program Pemulihan Khas Bahasa Melayu dari 40 buah sekolah kebangsaan di Johor. Seramai 40 orang responden yang terdiri daripada guru-...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
2017
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/10414/ http://journalarticle.ukm.my/10414/ http://journalarticle.ukm.my/10414/1/134-258-1-SM.pdf |
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap perlaksanaan,
penguasaan, dan keberkesanan pendekatan pengajaran secara
berkumpulan oleh Guru Pemulihan Khas dalam Program Pemulihan
Khas Bahasa Melayu dari 40 buah sekolah kebangsaan di Johor.
Seramai 40 orang responden yang terdiri daripada guru-guru pemulihan
yang mengajar Bahasa Melayu dari 40 buah sekolah kebangsaan di Johor
telah dipilih secara kelompok atas kelompok. Soal selidik digunakan
sebagai instrumen kajian yang telah diubah suai daripada penyelidikpenyelidik
lepas. Instrumen soal selidik ini digunakan untuk membuat
kajian rintis bagi menguji kebolehpercayaan/analisis kesahihan. Darjah
kebolehpercayaan (alfa Cronbach) bagi instrumen yang digunakan dalam
kajian ini ialah0.707. Kajian ini dianalisis menggunakan perisian Statistical
Packages for Social Science (SPSS) version 20.0 berbentuk statistik
deskriptif, iaitu peratusan, kekerapan dan min serta statistik inferensi, iaitu
ujian-t. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap perlaksanaan,
penguasaan, keberkesanan pengajaran secara berkumpulan oleh guru
pemulihan khas dalam Program Pemulihan Khas Bahasa Melayu
beradapada tahap yang tinggi. |
---|