Pengaplikasian teknik didik hibur meningkatkan pencapaian penulisan karangan bahasa Melayu
Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang peningkatan penulisan karangan menggunakan teknik didik hibur dalam kalangan guru Bahasa Melayu di kawasan Putrajaya. Kajian ini untuk mengenal pasti strategi dan teknik yang digunakan dan mengenal pasti elemen lakonan yang digunakan dalam pe...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2016
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/10456/ http://journalarticle.ukm.my/10456/ http://journalarticle.ukm.my/10456/1/14039-38533-1-SM.pdf |
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang peningkatan penulisan karangan menggunakan teknik
didik hibur dalam kalangan guru Bahasa Melayu di kawasan Putrajaya. Kajian ini untuk mengenal pasti strategi dan
teknik yang digunakan dan mengenal pasti elemen lakonan yang digunakan dalam pengajaran penulisan karangan
menggunakan teknik didik hibur. Sebanyak 80 orang sampel yang terdiri daripada guru yang mengajar Bahasa Melayu
di sekolah menengah di kawasan Putrajaya telah dipilih untuk kajian ini. Kajian ini dijalankan secara kuantitatif
dengan menggunakan instrumen soal selidik. Soal selidik tersebut mengandungi demografi responden, strategi dan
teknik pengajaran penulisan karangan yang digunakan melalui teknik didik hibur, elemen lakonan yang digunakan
dalam teknik didik hibur dan permasalahan yang dihadapi dalam pengajaran penulisan karangan menggunakan teknik
didik hibur. Dapatan kajian menunjukkan bahawa strategi dan teknik pengajaran penulisan karangan yang digunakan
melalui teknik didik hibur secara keseluruhannya min 3.16 (S.P = 0.68). Dari segi elemen lakonan dalam teknik didik
hibur yang digunakan secara keseluruhannya memperoleh min 3.69 (S.P = 0.55). Kesimpulannya, dapatan kajian
ini menunjukkan bahawa teknik didik hibur yang digunakan dalam pengajaran Bahasa Melayu dapat meningkatkan
penulisan karangan. |
---|