Kecenderungan otak dan hubungannya dengan pencapaian dan motivasi pelajar
Kajian tinjauan ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji kecenderungan otak dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan sekolah-sekolah luar bandar dan hubungannya dengan pencapaian dan motivasi belajar dalam Fizik. Sampel kajian terdiri daripada pelajar tingkatan 5 dari sebuah daerah luar bandar d...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2016
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/10459/ http://journalarticle.ukm.my/10459/ http://journalarticle.ukm.my/10459/1/14042-38539-1-SM.pdf |
Summary: | Kajian tinjauan ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji kecenderungan otak dalam kalangan pelajar lelaki dan
perempuan sekolah-sekolah luar bandar dan hubungannya dengan pencapaian dan motivasi belajar dalam Fizik.
Sampel kajian terdiri daripada pelajar tingkatan 5 dari sebuah daerah luar bandar di negeri Perak. Soal selidik
Dominasi Hemisfera Otak, Ujian Pencapaian Tahun Akhir Tingkatan empat dan Motivated Strategies Learning
Questionnaire (MSLQ) telah digunakan untuk mengumpul data yang dikehendaki. Hasil kajian mendapati bahawa
(1) tidak terdapat perbezaan kecenderungan otak kanan antara pelajar lelaki dan perempuan, (2) tidak terdapat
perbezaan kecenderungan otak kiri antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan, (3) tidak terdapat hubungan
antara kecenderungan otak kiri atau otak kanan dengan pencapaian Fizik dan (4) tidak terdapat hubungan antara
kecenderungan otak kiri atau otak kanan dengan motivasi belajar Fizik. |
---|