Pemilihan dan autoriti sumber berita bingkai pilihanraya di Malaysia

Dalam dunia kewartawanan, sumber memainkan peranan penting dalam sesuatu berita. Wartawan bergantung kepada sumber dalam pengolahan berita mereka untuk disampaikan kepada khalayak. Sumber dibahagikan kepada beberapa kategori antaranya pegawai kerajaan, pengamal industri media, golongan elit awam, pa...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Zuwairi Mat Saad, Normah Mustaffa, Abdul Latiff Ahmad, Badrul Redzuan Abu Hassan
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/10487/
http://journalarticle.ukm.my/10487/
http://journalarticle.ukm.my/10487/1/14898-41151-1-SM.pdf
Description
Summary:Dalam dunia kewartawanan, sumber memainkan peranan penting dalam sesuatu berita. Wartawan bergantung kepada sumber dalam pengolahan berita mereka untuk disampaikan kepada khalayak. Sumber dibahagikan kepada beberapa kategori antaranya pegawai kerajaan, pengamal industri media, golongan elit awam, para saintis, doktor, peguam, profesional atau pakar. Kategori sumber politik menjurus kepada sumber yang lebih berkait rapat dengan individu yang aktif dalam aktiviti politik termasuklah dari kalangan rakyat biasa. Artikel ini membincangkan kategori sumber yang popular yang digunakan dalam berita pilihan raya kecil pada tahun 1987, 1997 dan 2014 dalam akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian. Kaedah analisis kandungan telah dilakukan ke atas sebanyak 419 artikel berita pilihan raya kecil yang dipilih secara rawak. Kaedah temubual mendalam bersama enam wartawan turut digunakan untuk memperkukuhkan pemilihan sumber yang berautoriti dalam berita pilihanraya. Hasil kajian mendapati bahawa walaupun ahli politik tempatan merupakan sumber utama dalam berita bingkai pilihan raya sedangkan sumber yang menjadi pilihan adalah mereka yang berautoriti dalam sesuatu isu politik.