Penggunaan laman sosial dan impaknya terhadap hubungan persahabatan dalam talian
Sebagai tempat awam yang neutral yang berbeza daripada rumah dan tempat kerja, media sosial seperti laman jaringan sosial membolehkan orang ramai untuk berkumpul dan berinteraksi tanpa mengira status atau kedudukan. Malah, mereka bebas untuk datang dan pergi sesuka hati kerana tidak terikat denga...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2016
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/10496/ http://journalarticle.ukm.my/10496/ http://journalarticle.ukm.my/10496/1/16458-46239-1-SM.pdf |
Summary: | Sebagai tempat awam yang neutral yang berbeza daripada rumah dan tempat kerja, media
sosial seperti laman jaringan sosial membolehkan orang ramai untuk berkumpul dan
berinteraksi tanpa mengira status atau kedudukan. Malah, mereka bebas untuk datang dan
pergi sesuka hati kerana tidak terikat dengan apa-apa obligasi untuk menerima atau menolak
permintaan bersahabat. Boyd (2006) berpendapat bahawa konsep persahabatan dan hubungan
peribadi yang berubah dan baru menyebabkan munculnya hubungan baru seperti "friendster",
kawan yang dipanggil dalam konteks laman rangkaian sosial sahaja. Kajian soal selidik yang
dijalankan terhadap 400 pengguna aktif laman jaringan sosial di Malaysia mendapati bahawa
walaupun ramai rakan-rakan mereka adalah rakan sekolah dan rakan-rakan universiti, mereka
juga berkawan dengan orang asing. Kajian menunjukkan lebih separuh responden meluaskan
persahabatan yang dibina dalam rangkaian sosial ke luar talian. Walau bagaimanapun,
dapatan menunjukkan mereka juga mengakhiri persahabatan tersebut dengan mengeluarkan
rakan dari senarai sahabat kerana sebab-sebab tertentu. Kebanyakannya disebabkan oleh
sikap yang kurang menyenangkan kerana menggunakan bahasa tidak senonoh, pengaruh
buruk, dan gangguan seksual. Ini menunjukkan bahawa persahabatan di laman rangkaian
sosial kadang-kadang mewujudkan hubungan yang lemah. |
---|