STOPS: mengungkai isu kebolehpasaran graduan di Malaysia
Isu kebolehpasaran graduan mula dibangkitkan ekoran dari peningkatan kadar pengangguran di kalangan graduan tempatan kebelakangan ini. Masalah peningkatan kadar pengangguran di kalangan graduan di Malaysia tahun demi tahun bukan sahaja telah merugikan graduan, keluarga dan institusi pendidikan, m...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2016
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/10500/ http://journalarticle.ukm.my/10500/ http://journalarticle.ukm.my/10500/1/16464-46248-1-SM.pdf |
Summary: | Isu kebolehpasaran graduan mula dibangkitkan ekoran dari peningkatan kadar pengangguran
di kalangan graduan tempatan kebelakangan ini. Masalah peningkatan kadar pengangguran
di kalangan graduan di Malaysia tahun demi tahun bukan sahaja telah merugikan graduan,
keluarga dan institusi pendidikan, malah ia boleh melumpuhkan ekonomi negara kerana
modal insan ini tidak dapat diketengahkan dengan jayanya untuk membangunkan negara.
Dengan mengambil pandangan daripada perspektif komunikasi, kajian ini diilhamkan untuk
mengenal pasti cara graduan bertindak balas dengan masalah kebolehpasaran. Seramai 787
responden terdiri daripada graduan UKM tahun 2014 telah memberi maklum balas terhadap
banci dalam talian yang dilakukan. Hujahan kepada Teori Situasi dalam Penyelesaian
Masalah (STOPS) diuji untuk meneroka tindak balas graduan terhadap isu ini. Data
dianalisis dengan menggunakan Model Persamaan Struktur (SEM). Lima hipotesis yang
diuji telah disokong. Analisis mendapati bahawa pemboleh ubah antecedent situasi
(pengenalpastian masalah, pengenalpastian kekangan dan pengenalpastian penglibatan)
menjelaskan 65 peratus daripada keseluruhan sebab yang mungkin bagi graduan untuk mahu
berhenti dan berfikir tentang cara untuk menyelesaikan masalah situasi yang berlaku itu.
Selanjutnya, motivasi dalam situasi penyelesaian masalah dan kriteria rujukan pula
menjelaskan 52 peratus daripada varians dalam Tingkah laku Komunikasi dalam
Penyelesaian Masalah (CAPS). Perbincangan yang kritis mengenai penyelesaian masalah
mampu memberi beberapa kesimpulan penting berkaitan perkara yang diperbincangkan.
Pengamal perhubungan awam dan komunikasi sewajarnya mengembangkan pelbagai
langkah penyelesaian kepada pihak organisasi supaya menggalakkan penggunaan kognitif
dalam penyelesaian masalah. Hal ini penting dipraktikkan agar setiap aktiviti yang
dilakukan memberi impak positif dan berkesan. |
---|