Pengaruh literasi kesihatan terhadap tingkah laku pencarian maklumat kesihatan dalam kalangan pelajar universiti awam
Literasi kesihatan merupakan kemahiran yang perlu dimiliki oleh setiap orang dalam usaha untuk memahami maklumat kesihatan dengan baik. Seseorang yang dikatakan mempunyai literasi kesihatan yang baik apabila individu tersebut berupaya mencari, memahami dan menggunakan maklumat yang berkaitan deng...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2016
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/10512/ http://journalarticle.ukm.my/10512/ http://journalarticle.ukm.my/10512/1/16488-46322-1-SM.pdf |
Summary: | Literasi kesihatan merupakan kemahiran yang perlu dimiliki oleh setiap orang dalam
usaha untuk memahami maklumat kesihatan dengan baik. Seseorang yang dikatakan
mempunyai literasi kesihatan yang baik apabila individu tersebut berupaya mencari,
memahami dan menggunakan maklumat yang berkaitan dengan kesihatan dalam
kehidupan hariannya Literasi kesihatan telah menjadi topik yang sangat penting dalam
sektor penjagaan kesihatan kontemporari, promosi kesihatan, pendidikan kesihatan
dan pembangunan polisi kesihatan. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui pengaruhi
literasi kesihatan terhadap pencarian maklumat kesihatan dalam kalangan pelajar
IPTA. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dengan menggunakan soal selidik
sebagai alat pengumpulan data. Instrumen kajian ini telah diadaptasi melalui model
literasi kesihatan Sorensen at al., (2012). Instrument kajian ini mempunyai nilai
kebolehpercayaan yang baik iaitu antara 0.810-0.890. Sebanyak 1025 responden yang
terdiri daripada pelajar IPTA merangkumi empat zon telah terlibat dalam kajian ini.
Secara umumnya dapatan kajian menunjukkan tahap literasi kesihatan pelajar IPTA
adalah sederhana. Hasil kajian juga menunjukkan sebanyak 23.6 peratus faktor literasi
kesihatan telah menyumbang perubahan varian model kajian. Ini menggambarkan
literasi kesihatan merupakan faktor yang meramal tingkah laku pencarian maklumat
kesihatan. Justeru usaha perlu dilakukan untuk meningkatkan tahap literasi kesihatan
dalam kalangan pelajar kerana ia memberi impak kepada pengurusan kesihatan dan
merupakan penentu kepada kualiti kesihatan yang baik. |
---|