Kegunaan dan kepuasan portal berita dalam kalangan belia Malaysia
Kajian eksploratori ini bertujuan mengenalpasti faktor pendorong dan kepuasan yang diperolehi daripada penggunaan portal berita dalam kalangan belia di Malaysia menerusi tiga perbincangan kumpulan fokus dan satu forum dalam media sosial di antara bulan Mac hingga Mei 2015. Dapatan kajian mendedah...
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2016
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/10528/ http://journalarticle.ukm.my/10528/ http://journalarticle.ukm.my/10528/1/16505-46359-1-SM.pdf |
Summary: | Kajian eksploratori ini bertujuan mengenalpasti faktor pendorong dan kepuasan yang diperolehi
daripada penggunaan portal berita dalam kalangan belia di Malaysia menerusi tiga perbincangan
kumpulan fokus dan satu forum dalam media sosial di antara bulan Mac hingga Mei 2015.
Dapatan kajian mendedahkan peningkatan populariti telefon pintar merupakan penyumbang
utama belia memilih untuk mengakses kepada berita dalam portal berita berbanding saluran lain
seperti televisyen, akhbar dan radio. Faktor pengaruh kawan telah mendorong mereka untuk turut
memiliki telefon pintar yang mana telah melahir suatu trend penggunaan media yang baharu
khususnya memudahkan mereka berkongsi maklumat dan bertukar pendapat. Portal berita
Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris akhbar arus perdana merupakan pilihan utama informan.
Faktor utama yang dikenalpasti mendorong belia menggunakan portal berita adalah mudah,
pantas, menjimatkan kos, fleksibel, mudah diakses, mengisi masa lapang, pembelajaran,
mengetahui isu-isu semasa, dan keunikan portal berita itu sendiri. Mereka berasa lebih berpuas
hati dengan portal berita kerana lebih mudah dan cepat untuk memperolehi maklumat tambahan
yang diingini menerusi enjin pencarian seperti Google. Ciri-ciri berita dalam portal berita yang
dipautkan dengan video kejadian selain berita-berita berkaitan yang lain menjadi daya penarik
kepada belia memilih portal berita di samping tabiat golongan belia yang suka berkongsi
informasi yang menarik dengan rakan-rakan menerusi aplikasi seperti WhatsApp. Bagi penuntut
universiti, kesukaran mengakses kepada saluran-saluran media tradisional menyumbang kepada
pemilihan portal berita. Perkhidmatan wifi yang disediakan secara percuma dalam kawasan
kampus untuk pelajar menjadi sebab utama pemilihan portal berita. Bagi belia yang telah bekerja
pula kekangan masa menjadi pendorong utama mereka memilih portal berita. Secara
keseluruhannya dapat disimpulkan tabiat pencarian dan perkongsian maklumat itu masih sama,
hanya bentuk berita yang diakses telah berubah kepada pendekatan yang lebih mudah dan jimat. |
---|