Konstruk pelaporan pemikiran isu liberalisasi agama dalam portal Berita Harian dan The Star

Perkembangan teknologi telah mempengaruhi pentas penyampaian maklumat. Konstruk pelaporan sesuatu isu seperti Liberalisasi Agama turut mengalami dinamik perubahan dalam kalangan para pengamal media. Pertumbuhan portal akhbar dan trend penyampaian informasi telah menimbulkan reaksi dan tanggapan yang...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Nor Shahizan Ali, Ahmad Munawar Ismail
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/10545/
http://journalarticle.ukm.my/10545/
http://journalarticle.ukm.my/10545/1/16992-49242-2-PB.pdf
Description
Summary:Perkembangan teknologi telah mempengaruhi pentas penyampaian maklumat. Konstruk pelaporan sesuatu isu seperti Liberalisasi Agama turut mengalami dinamik perubahan dalam kalangan para pengamal media. Pertumbuhan portal akhbar dan trend penyampaian informasi telah menimbulkan reaksi dan tanggapan yang pelbagai dalam kalangan masyarakat Malaysia. Artikel ini mengutarakan konstruk portal akhbar Berita Harian dan The Star dalam melaporkan isu Liberalisasi Agama di Malaysia dalam mengenal pasti dinamika dan hala tuju pelaporannya. Kaedah analisis kandungan (mulai 1 Januari 2015 sehingga 31 Disember 2015) telah digunakan dengan memberi tumpuan kepada portal akhbar Berita Harian dan portal akhbar The Star. Justifikasi pemilihan kedua-dua portal ini berdasarkan perbezaan pemilikan setiap institusi akhbar dan sasaran pembacanya. Kajian ini dapat mengenal pasti konstruk pelaporan akhbar dalam menyampaikan maklumat isu-isu Liberalisasi Agama kepada masyarakat Malaysia samada berbentuk positif, negatif atau neutral. Dapatan kajian mendapati pemilikan terhadap syarikat akhbar mampu mempengaruhi kaedah pelaporan berita sesebuah portal akhbar dalam memberi pemahaman kepada pembaca sasarannya.