Tahap kepuasan pelancong di Malaysia: kajian lokasi ekopelancongan sekitar Melaka
Tahap kepuasan pelancong terhadap lokasi ekopelancongan di Melaka sukar ditentukan kerana tiada bukti jelas daripada kajian terdahulu. Oleh kerana itu, objektif kajian adalah untuk meneliti tahap kepuasan pelancong terhadap lokasi atau pusat ekopelancongan sekitar Melaka menggunakan konstruk ukura...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
School of Social, Development and Environmental Studies, Faculty of Social Sciences and Humanities, Universiti Kebangsaan Malaysia
2016
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/10577/ http://journalarticle.ukm.my/10577/ http://journalarticle.ukm.my/10577/1/7x.geografia-jul16-hamidi-edam.pdf |
Summary: | Tahap kepuasan pelancong terhadap lokasi ekopelancongan di Melaka sukar ditentukan kerana tiada bukti jelas
daripada kajian terdahulu. Oleh kerana itu, objektif kajian adalah untuk meneliti tahap kepuasan pelancong terhadap
lokasi atau pusat ekopelancongan sekitar Melaka menggunakan konstruk ukuran jangkauan dan pencapaian.
Sebanyak 560 sampel terdiri daripada pelancong domestik dan asing diambil berdasarkan kaedah peratusan di 12
pusat ekopelancongan sekitar negeri Melaka bagi tujuan kaji selidik dan analisis data pula menggunakan teknik
statistik deskriptif iaitu min. Kajian mendapati bahawa tahap jangkauan kepuasan setinggi min 3.8, tahap pencapaian
kepuasan setinggi min 3.70 dan keseluruhan tahap kepuasan pelancong terhadap lokasi ekopelancongan setinggi min
3.75 atau menghampiri Skala 4 iaitu memuaskan. Tahap yang memuaskan ini muncul daripada perbezaan dalam diri
seseorang pelancong terhadap sesuatu yang dilawatinya dan ia adalah bersifat psikologi. Justeru, kajian berpendapat
pihak pengusaha mahupun kerajaan perlu tingkatkan usaha dalam promosi, pengurusan lokasi ekopelancongan serta
melihat kembali kualiti produk dan perkhidmatan yang ditawarkan agar selaras dengan keperluan pelanggan untuk
memenuhi kepuasan dari aspek psikologi pelancong. Malah, fungsi dan dasar sedia ada dalam Pelan
Ekopelancongan Kebangsaan perlu menekankan aspek keperluan memenuhi kepuasan pelancong. |
---|