Meninjau kembali Dasar Pandang ke Timur Mahathir: penelitian aspek perlaksanaan dan implikasi
Dasar Pandang ke Timur adalah satu isu menarik yang diperbincangkan ramai sarjana tetapi tidak ramai yang memberi tumpuan kepada rasional dan implikasi Dasar Pandang ke Timur. Disebalik dasar ini diperkenalkan oleh Mahathir terdapat agenda yang hendak disampaikan kepada rakyat Malaysia. Ia bukanla...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
School of Social, Development and Environmental Studies, Faculty of Social Sciences and Humanities, Universiti Kebangsaan Malaysia
2016
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/10578/ http://journalarticle.ukm.my/10578/ http://journalarticle.ukm.my/10578/1/8x.geografia-jul16-jab%26afendi-edam%20%281%29.pdf |
Summary: | Dasar Pandang ke Timur adalah satu isu menarik yang diperbincangkan ramai sarjana tetapi tidak ramai yang
memberi tumpuan kepada rasional dan implikasi Dasar Pandang ke Timur. Disebalik dasar ini diperkenalkan oleh
Mahathir terdapat agenda yang hendak disampaikan kepada rakyat Malaysia. Ia bukanlah semata-mata melihat etika
kerja. Etika kerja hanya untuk menarik perhatian rakyat Malaysia untuk bersama melibatkan diri dalam menjayakan
Dasar Pandang ke Timur dan mengubah paradigma yang selama ini lebih condong kepada Barat. Etika kerja adalah
slogan yang digunakan untuk menggalak bekerja dengan lebih kuat lagi dan tidak mengikut etika kerja Barat yang
dianggap telah selesa. Ia adalah untuk mengubah pemikiran dan paradigma supaya tidak terlalu taksub dengan pihak
Barat terutama Britain. Adalah amat penting mengubah tanggapan bahawa semua yang datang dari Barat adalah
baik dan digantikan sebagai alternatif adalah dengan melihat ke Timur terutama Jepun. Walaupun dinyatakan
bahawa Dasar Pandang ke Timur adalah melihat negara-negara seperti Jepun, Korea Selatan, Taiwan dan Singapura
tetapi tumpuan adalah lebih kepada Jepun. Isu ini akan diperbincangkan dalam artikel ini. Artikel ini juga melihat perkembangan Dasar Pandang ke Timur, rasional perlaksanaan dan implikasi dasar ini. |
---|