Remaja daripada ibu bapa yang bercerai di Malaysia: suatu penelitian ekspresi emosi
Dalam menempuh alam remaja, pelbagai ekspresi ditunjukkan dalam kehidupan mereka. Ekspresi positif yang ditunjukkan dapat membina jati diri dan ekspresi negatif membawa remaja kepada penyesalan. Ekspresi positif dan negatif juga mencerminkan didikan daripada keluarga. Kajian ini yang pertama bertu...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
School of Social, Development and Environmental Studies, Faculty of Social Sciences and Humanities, Universiti Kebangsaan Malaysia
2016
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/10584/ http://journalarticle.ukm.my/10584/ http://journalarticle.ukm.my/10584/1/14x.geografia-jul16-norhayati%26zaidah-edam.pdf |
Summary: | Dalam menempuh alam remaja, pelbagai ekspresi ditunjukkan dalam kehidupan mereka. Ekspresi positif yang
ditunjukkan dapat membina jati diri dan ekspresi negatif membawa remaja kepada penyesalan. Ekspresi positif dan
negatif juga mencerminkan didikan daripada keluarga. Kajian ini yang pertama bertujuan untuk mengenalpasti jenis
emosi dan kedua pengurusan emosi remaja mengikut gender dikalangan remaja yang mengalami krisis keluarga
bercerai. Kajian gender dan emosi ini menggunakan pendekatan kualitatif berbentuk temu bual mendalam untuk
melihat jenis emosi yang dirasai disebabkan oleh faktor pencetus dan pengurusan emosi dengan melihat faktor
budaya. Emosi yang dirasai remaja dilihat dari sudut emosi positif dan negatif. Seramai sepuluh orang pelajar
menjadi informan dalam kajian ini iaitu lima lelaki dan lima perempuan. Hasil kajian secara keseluruhan mendapati
remaja perempuan lebih terdorong dengan emosi positif seperti emosi sayang. Manakala informan lelaki lebih
terdorong dengan emosi negatif iaitu benci dan marah. Selain itu, emosi sedih dan malu lebih tertumpu kepada
remaja perempuan berbanding lelaki. Secara amnya, informan dalam kajian ini menguruskan emosi dengan
mendapatkan bantuan dari ibu, rakan-rakan dan kaunselor. |
---|