Etnik dan pembentukan landskap budaya Malaysia: seni anyaman tikar orang Ulu Sarawak
Situasi budaya di Malaysia amat unik kerana setiap etnik yang ada mempusakai tradisi budaya masing-masing yang berbeza antara satu sama lain. Oleh demikian, adalah amat penting untuk memahami dan menonjolkan identiti setiap etnik agar dapat dikongsi bersama-sama oleh semua kaum di Malaysia. Negeri...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
School of Social, Development and Environmental Studies, Faculty of Social Sciences and Humanities, Universiti Kebangsaan Malaysia
2016
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/10623/ http://journalarticle.ukm.my/10623/ http://journalarticle.ukm.my/10623/1/3.geografia-ogos16-salmah-edam.pdf |
Summary: | Situasi budaya di Malaysia amat unik kerana setiap etnik yang ada mempusakai tradisi budaya masing-masing yang
berbeza antara satu sama lain. Oleh demikian, adalah amat penting untuk memahami dan menonjolkan identiti setiap
etnik agar dapat dikongsi bersama-sama oleh semua kaum di Malaysia. Negeri Sarawak mempunyai 27 kumpulan
etnik yang mengamalkan bahasa, budaya dan cara hidup mereka yang tersendiri. Mengikut bancian tahun 2000
terdapat seramai 91,883 orang Ulu yang mewakili lima peratus daripada jumlah penduduk Sarawak. Masyarakat
Orang Ulu terdiri daripada Kenyah, Kayan, Kelabit, Lun Bawang, Bisaya, Kajang Penan, Lahanan dan Ukit.
Masyarakat Orang Ulu bergantung sepenuhnya kepada kepintaran tangan mereka untuk memenuhi keperluan
kegiatan ekonomi dan sosial. Antara kegiatan kraftangan mereka ialah menganyam, mengukir, mencacah badan
(tatu), membuat perhiasan daripada manik. Masyarakat umum masih kurang mengetahui dan memahami aspek seni
kraftangan masyarakat Orang Ulu. Justeru, kajian ini dilakukan bagi meneliti seni anyaman tikar masyarakat Orang
Ulu di Sarawak. Seni anyaman dilihat sebagai satu seni budaya yang didasari oleh ilmu, adat, kepercayaan dan
amalan tradisi yang diwarisi sejak turun temurun. |
---|