Pembinaan bangsa Malaysia (1): kajian empirikal tahap patriotisme belia
Tahap patriotisme dalam kalangan belia di Malaysia pada masa kini dikatakan masih rendah berdasarkan pelbagai kejadian semasa, malah amat sukar untuk meletakkan tahap yang sebenarnya secara saintifik atau ilmiah disebabkan tiada bukti konkrit. Objektif kajian ini adalah menentukan tahap patriotism...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
School of Social, Development and Environmental Studies, Faculty of Social Sciences and Humanities, Universiti Kebangsaan Malaysia
2016
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/10635/ http://journalarticle.ukm.my/10635/ http://journalarticle.ukm.my/10635/1/15.geografia-ogos16-tuanpah-edam.pdf |
Summary: | Tahap patriotisme dalam kalangan belia di Malaysia pada masa kini dikatakan masih rendah berdasarkan pelbagai
kejadian semasa, malah amat sukar untuk meletakkan tahap yang sebenarnya secara saintifik atau ilmiah disebabkan
tiada bukti konkrit. Objektif kajian ini adalah menentukan tahap patriotisme belia di Malaysia berdasarkan aspek
kefahaman terhadap sistem pentabiran negara, kebanggaan menjadi rakyat Malaysia, perasaan sayang kepada
Malaysia, perasaan kekitaan atau memiliki terhadap negara, kesetiaan kepada negara, berdisiplin atau adab baik
demi nama baik negara serta peningkatan produktiviti demi negara. Sebanyak 1500 sampel diambil dalam kalangan
belia berumur antara 15 hingga 30. Analisis deskriptif dilakukan ke atas data daripada borang kaji selidik. Hasil
kajian menunjukkan tahap patriotisme belia di Malaysia dalam kategori tinggi adalah sebanyak 73 peratus dengan
nilai min sebanyak 7.26. Walau bagaimanapun, hasil kajian ini adalah berbeza dengan hujah yang mengaitkan belia
tidak patriotik berdasarkan pelbagai peristiwa berlaku di Malaysia. Kajian ini mencadangkan agar usaha kerajaan
dan Badan Bukan Kerajaan (Belia) pada masa kini wajar diteruskan kerana ia dapat membentuk belia atau
masyarakat yang berpatriotik. |
---|