Pengaruh kepimpinan distributif terhadap pengurusan konflik dalam kalangan pemimpin sekolah

Amalan kepimpinan distributif dalam kalangan pemimpin sekolah adalah elemen penting dalam menjayakan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 ke arah meningkatkan amalan kepimpinan berkesan. Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti perkaitan antara kepimpinan distributif dengan p...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Zuraidah Juliana Mohamad Yusoff, Yahya Don, Siti Noor Ismail
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/10653/
http://journalarticle.ukm.my/10653/
http://journalarticle.ukm.my/10653/1/16021-44851-1-SM.pdf
Description
Summary:Amalan kepimpinan distributif dalam kalangan pemimpin sekolah adalah elemen penting dalam menjayakan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 ke arah meningkatkan amalan kepimpinan berkesan. Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti perkaitan antara kepimpinan distributif dengan pengurusan konflik dalam kalangan pemimpin-pemimpin sekolah. Kajian ini mengguna pakai pendekatan kuantitatif dalam kajian keratan rentas untuk mengumpul data berkenaan kepimpinan distributif dan pengurusan konflik. Populasi kajian melibatkan pemimpin-pemimpin di sekolah menengah kebangsaan zon utara, Semenanjung Malaysia dan persampelan rawak berstrata digunakan untuk memilih responden kajian. Instrumen yang digunakan ialah soal selidik Leadership Practices Inventory (LPI) yang dibina oleh Kouzes dan Posner pada tahun 1995 dan soal selidik Rahim Organizational Conflict Inventory – II (ROCI-II), yang dibina oleh Rahim pada tahun 1983. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan dan positif antara kepimpinan distributif dan pengurusan konflik yang mana kepimpinan distributif juga didapati memberi pengaruh kepada pengurusan konflik di sekolah. Justeru, elemen di dalam amalan kepimpinan distributif perlu diterapkan kepada pemimpin-pemimpin sekolah dalam mempastikan keberkesanan kepimpinan sekolah dapat dicapai seperti mana yang telah dirangka dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.