Transitiviti dalam bahasa Mendriq

Malaysia kaya dengan 19 bahasa Moribun yang dituturkan oleh kaum minoriti di Malaysia yang dikenali sebagai Orang Asli. Salah satu daripada bahasa Moribun yang diambang kepupusan ialah bahasa Mendriq. Bahasa Mendriq merupakan bahasa yang digunakan oleh kaum orang asli Mendriq di Kuala Lah, Gua Musan...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Fazal Mohamed Mohamed Sultan, Khairul Faiz Alimi
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/10743/
http://journalarticle.ukm.my/10743/
http://journalarticle.ukm.my/10743/1/10317-43189-1-PB.pdf
Description
Summary:Malaysia kaya dengan 19 bahasa Moribun yang dituturkan oleh kaum minoriti di Malaysia yang dikenali sebagai Orang Asli. Salah satu daripada bahasa Moribun yang diambang kepupusan ialah bahasa Mendriq. Bahasa Mendriq merupakan bahasa yang digunakan oleh kaum orang asli Mendriq di Kuala Lah, Gua Musang, Kelantan. Bahasa ini dituturkan oleh 245 orang di sekitar tiga buah kampung, iaitu di kampung Kuala Lah, kampung Baru dan kampung Kuala Stail.Kertas kerja ini akan menganalisis frasa kerja transitif dan tak transitif dalam bahasa Mendriq. Data primari bahasa Mendriq diperoleh melalui kajian lapangan yang telah dibiayai oleh dana penyelidikan UKM-GUP-PLW-08-11-047. Data yang dikutip untuk kajian ini melibatkan metodologi lapangan yang menggunakan teknik temu bual. Kerencaman data yang dikutip melalui kerja lapangan telah dibersihkan dan diasingkan dengan bantuan seorang penutur natif Mendriq yang bertindak sebagai penterjemah. Analisis ke atas frasa kerja melibatkan analisis deskriptif dan analisis teoritikal. Analisis deskriptif ke atas ayat mudah mendapati bahawa bahasa Mendriq mempunyai dua jenis frasa kerja, iaitu frasa kerja transitif dan tak transitif. Kata kerja transitif menandakan dua argumen, iaitu argumen dalam dan argumen luaran. Kata kerja tak transitif pula dibahagikan kepada dua, iaitu kata kerja tak akusatif dan kata kerja tak ergatif. Kata kerja tak transitif yang menandakan argumen luaran dikenali sebagai kata kerja tak ergatif, manakala kata kerja tak transitif yang hanya menandakan argumen dalaman dikenali sebagai kata kerja tak akusatif. Manakala analisis teoritikal menggunakan kerangka Minimalist menunjukkan bahawa pemyemakan fitur berlaku di sebelah kiri struktur sintaksis ayat mudah bahasa Mendriq.