Penilaian Kanun I Esasi 1876 sebagai sumber pembentukan Perlembagaan Johor 1895

Kanun I Esasi 1876 dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 merupakan perlembagaan yang telah dihasilkan pada abad ke-19M. Sarjana berpandangan Kerajaan ‘Uthmaniyyah telah memberikan kesan dalam proses pembentukan perlembagaan tersebut. Melalui pandangan tersebut, kajian ini direncanakan melalu...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Hanif Md Lateh, Izziah Suryani Mat Resad, Ahmad Faathin Mohd Fadzil
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/10756/
http://journalarticle.ukm.my/10756/
http://journalarticle.ukm.my/10756/1/16919-53158-1-PB.pdf
Description
Summary:Kanun I Esasi 1876 dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 merupakan perlembagaan yang telah dihasilkan pada abad ke-19M. Sarjana berpandangan Kerajaan ‘Uthmaniyyah telah memberikan kesan dalam proses pembentukan perlembagaan tersebut. Melalui pandangan tersebut, kajian ini direncanakan melalui pemilihan Kanun I Esasi untuk dinilai dari segi persamaan dan perbezaan di antara kedua-dua teks. Kajian ini berbentuk kajian kualitatif yang menggunakan pendekatan komparatif. Data kajian diperoleh daripada simpanan Arkib Negara Malaysia dan koleksi terbitan The American Journal of International Law. Kajian ini mendapati tiada jalinan khusus yang wujud antara Kanun I Esasi dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor. Oleh yang demikian, ketiadaan jalinan ini diperkukuhkan dengan pemerian berkenaan asas hubungan di antara Johor dan ‘Uthmaniyyah.