Pencerakinan kajian istilah dan terjemahan BERNAMA Arab ke bahasa Melayu dan Inggeris
Artikel ini membincangkan aspek kajian istilah dan terjemahan yang dilakukan pada BERNAMA Arab ke bahasa Melayu dan juga Inggeris sebagai medan pembelajaran bagi pelajar bidang pengkhususan bahasa dan kesusasteraan Arab masa kini. Objektif kajian ini adalah untuk meneliti ketepatan penggunaan isti...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2016
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/10760/ http://journalarticle.ukm.my/10760/ http://journalarticle.ukm.my/10760/1/16923-53162-1-PB.pdf |
Summary: | Artikel ini membincangkan aspek kajian istilah dan terjemahan yang dilakukan pada BERNAMA Arab ke bahasa Melayu
dan juga Inggeris sebagai medan pembelajaran bagi pelajar bidang pengkhususan bahasa dan kesusasteraan Arab
masa kini. Objektif kajian ini adalah untuk meneliti ketepatan penggunaan istilah dari BERNAMA Arab ke bahasa
Melayu dan Inggeris, di samping menterjemahkan teks BERNAMA Arab dalam semua aspek ke bahasa Melayu dan
Inggeris. Artikel ini juga bertujuan untuk memaparkan padanan istilah dari BERNAMA Arab ke istilah bahasa Melayu
dan Inggeris. Keseluruhan kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan mengaplikasi analisis kandungan seperti
rujukan bahan ilmiah utama berdasarkan buku, kamus dan jurnal, di samping bahan utama daripada internet melalui
tapak web BERNAMA.com dan tapak web lain yang berkaitan dengannya. Dapatan kajian menunjukkan padanan istilah
dipadankan mengikut kesesuaian makna dan secara langsung turut memaparkan istilah yang dapat membantu khalayak
pembaca memahami istilah yang sering diguna pakai. Selain itu, hasil kajian menunjukkan terdapat perkataan yang
mempunyai istilah yang sama dan makna yang sama, gaya bahasa yang membawa maksud yang berlainan serta kata
nama khas. Hasil kajian ini diharapkan dapat memberikan impak yang positif dan menyumbang kepada pemugaran
pembelajaran bahasa Arab secara maya dengan lebih efektif. |
---|