Pendefinisian semula istilah tafsir ‘ilmi
Tafsir ‘ilmi ialah satu daripada aliran tafsir kontemporari yang mula ketara perbincangannya pada akhir abad ke- 19M dan awal abad ke-20M, khususnya dalam karya-karya ‘Ulum al-Qur’an, Usul al-Tafsir dan Tafsir al-Qur’an. Namun dari sudut definisi, para sarjana berbeza pendapat berkenaan tafsir ‘il...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2016
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/10761/ http://journalarticle.ukm.my/10761/ http://journalarticle.ukm.my/10761/1/16924-53163-1-PB.pdf |
Summary: | Tafsir ‘ilmi ialah satu daripada aliran tafsir kontemporari yang mula ketara perbincangannya pada akhir abad ke-
19M dan awal abad ke-20M, khususnya dalam karya-karya ‘Ulum al-Qur’an, Usul al-Tafsir dan Tafsir al-Qur’an.
Namun dari sudut definisi, para sarjana berbeza pendapat berkenaan tafsir ‘ilmi. Kepelbagaian definisi ini memberi
implikasi positif dan negatif terhadap penerimaan dan pemahaman maksudnya. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk
menganalisis istilah yang diguna pakai dalam tafsir ‘ilmi dan menilai semula definisi tafsir ‘ilmi yang dikemukakan
oleh para sarjana. Kajian berbentuk kualitatif ini menggunakan reka bentuk kajian secara analisis kandungan. Data
dikumpul melalui analisis dokumen terhadap kamus, kitab ‘Ulum al-Qur’an, Usul al-Tafsir wa Ittijahatuhu, ensiklopedia
dan karya sarjana tertentu yang membincangkan istilahnya dari aspek bahasa dan istilah. Selanjutnya, data yang
diperoleh ini dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian merumuskan definisi tafsir ‘ilmi ialah tafsir yang menjelaskan
makna ayat-ayat al-Qur’an tertentu berpandukan penemuan sains moden yang sahih dan tetap berteraskan konsep
sains tauhidik. Ayat-ayat al-Qur’an yang ditafsir bukan sahaja merangkumi ayat kawniyyat, malah termasuk juga
ayat yang berkaitan pensyariatan hukum dan kesihatan. Selain itu, kajian mencadangkan terjemahan istilah tafsir
‘ilmi yang boleh diguna pakai dalam bahasa Melayu ialah tafsir sains tauhidik. Pemahaman terhadap istilah tafsir
‘ilmi amat penting bagi memastikan tafsiran yang dilakukan tepat dan tidak bertentangan dengan makna sebenar
yang dikehendaki oleh ayat serta fungsi al-Qur’an sebagai kitab hidayah terus terpelihara.. |
---|