Tahap pengetahuan dan persepsi pelajar terhadap Pengajian Hadith di Universiti Sultan Zainal Abidin

Kajian ini bertujuan untuk meneliti persepsi dan pengetahuan pelajar terhadap pengajian hadith, persepsi mereka terhadap metode pengajian dan mengamati masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam pengajian hadith. Kepentingan kajian ini adalah untuk mendedahkan bentuk pelaksanaan pengajian hadith dan...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nur Syahadah Mohamed, Mohd Akil Muhamed Ali
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/10762/
http://journalarticle.ukm.my/10762/
http://journalarticle.ukm.my/10762/1/16925-53164-1-PB.pdf
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk meneliti persepsi dan pengetahuan pelajar terhadap pengajian hadith, persepsi mereka terhadap metode pengajian dan mengamati masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam pengajian hadith. Kepentingan kajian ini adalah untuk mendedahkan bentuk pelaksanaan pengajian hadith dan metode yang digunakan dalam pembelajaran. Kajian ini dijalankan di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA,) Kuala Terengganu dengan penglibatan seramai 123 orang pelajar peringkat diploma di Fakulti Kontemporari Islam (FKI) meliputi jabatan yang berlainan. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif yang berbentuk soal selidik. Data dianalisis secara secara deskriptif untuk mengenal pasti sistem pengajian hadith dalam kalangan pelajar UniSZA. Nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach bagi keseluruhan item soal selidik adalah tinggi, iaitu 0.802. Hasil kajian mendapati tahap kefahaman dan pengetahuan pelajar terhadap pengajian hadith ialah sebanyak 4.23 dan min tahap persepsi pelajar terhadap metodologi pensyarah dalam pengajian hadith ialah sebanyak 4.09. Hasil kajian ini turut menunjukkan pensyarah menggunakan kepelbagaian metode pengajaran seperti kuliah, tutorial, perbincangan di dalam kelas dan penggunaan alat bantu mengajar. Bagi memastikan para pelajar dapat menguasai ilmu hadith dengan sebaik mungkin, kajian ini turut mengemukakan beberapa cadangan yang boleh dimanfaatkan oleh pihak-pihak tertentu.