Reaksi dunia dan peranan PBB dalam menangani keganasan terhadap etnik Muslim Rohingya
Artikel ini membicarakan isu keganasan terhadap etnik Muslim Rohingya oleh pelampau Buddha, yang merupakan siri keganasan berterusan sejak 1982. Keganasan etnik telah lama wujud seiring dengan perkembangan zaman. Keganasan etnik merupakan tindakan keganasan terhadap sesuatu etnik oleh etnik lain a...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2016
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/10763/ http://journalarticle.ukm.my/10763/ http://journalarticle.ukm.my/10763/1/16926-53165-1-PB.pdf |
Summary: | Artikel ini membicarakan isu keganasan terhadap etnik Muslim Rohingya oleh pelampau Buddha, yang merupakan
siri keganasan berterusan sejak 1982. Keganasan etnik telah lama wujud seiring dengan perkembangan zaman.
Keganasan etnik merupakan tindakan keganasan terhadap sesuatu etnik oleh etnik lain atau negara, sama ada
melalui kaedah pembunuhan beramai-ramai, penghapusan etnik, pengusiran atau penyeksaan. Insiden keganasan
terhadap etnik Muslim di Arakan merupakan rentetan siri keganasan hampir tiga abad yang lalu lagi. Mereka telah
mengalami pencabulan hak asasi manusia yang amat teruk oleh pelampau Buddha tanpa mendapat pembelaan dari
mana-mana pihak. Saban hari ribuan orang tidak berdosa dibunuh, dibakar, dirogol dan dihalau dari kediaman
mereka oleh pelampau Buddha dan juga pihak berkuasa Myanmar. Lebih malang lagi, sebahagian yang melarikan
diri menjadi pelarian di sempadan Bangladesh juga tidak membela dan menjamin nasib mereka, malah turut dibunuh
dan dihalau oleh pihak berkuasa. Situasi ini bukan sahaja menjejaskan keamanan antarabangsa, malah Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan masyarakat antarabangsa seolah-olah menutup mata atas segala kekejaman dan
keganasan yang melanda umat Islam di Myanmar. Pencabulan hak asasi kemanusiaan dan keganasan berterusan
terhadap etnik Muslim Rohingya sangat tidak mendapat perhatian dan reaksi daripada dunia. Artikel ini bertujuan
untuk menganalisis reaksi dunia terhadap keganasan yang melanda etnik Muslim Rohingya serta meneliti peranan
yang dimainkan PBB dalam mengatasi konflik yang berlaku terhadap etnik tersebut. Kajian ini menggunakan kaedah
kualitatif dengan reka bentuk kajian ialah analisis kandungan. Hasil kajian mendapati pelbagai pihak termasuk PBB
dan institusi antarabangsa lain perlu bekerjasama untk memainkan peranan yang lebih efektif dengan menekan dan
mendesak kerajaan Myanmar agar segera menghentikan keganasan etnik Rohingya yang masih belum diketahui
nasibnya. |
---|