Penganggaran impak pelaksanaan CBP ke atas kos pengeluaran dan kos sara hidup di Malaysia

Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP) seringkali dikaitkan sebagai punca utama kepada kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. Objektif utama kajian ini ialah menganggar sejauhmana pelaksanaan CBP memberi impak kepada kos pengeluaran yang seterusnya memberi implikasi kepada kos sara h...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Asan Ali Golam Hassan, Mohd Yusof Saari, Chakrin Utit, Azman Hassan, Mukaramah Harun
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/10776/
http://journalarticle.ukm.my/10776/
http://journalarticle.ukm.my/10776/1/jeko_50%282%29-2.pdf
Description
Summary:Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP) seringkali dikaitkan sebagai punca utama kepada kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. Objektif utama kajian ini ialah menganggar sejauhmana pelaksanaan CBP memberi impak kepada kos pengeluaran yang seterusnya memberi implikasi kepada kos sara hidup isi rumah. Untuk mencapai objektif tersebut, model harga input-output telah dibangunkan dengan pengubahsuaian bagi mengambil kira tiga kadar cukai yang berbeza iaitu pembekalan berkadar standard, pembekalan berkadar sifar dan pembekalan dikecualikan. Dapatan kajian mendapati bahawa pelaksanaan CBP cenderung memberi faedah kepada ekonomi. CBP berpotensi untuk menurunkan harga barangan dan perkhidmatan sebanyak 7.4% berbanding hanya 2.0% peningkatan harga yang dijangka. Kesan penurunan tingkat harga sebanyak 5.4% ini bukan sahaja meningkatkan kuasa beli perbelanjaan isi rumah malah berpotensi untuk merapatkan jurang penggunaan di antara kumpulan etnik dan kelas pendapatan. Walaubagaimanapun, faedah sebenar kepada ekonomi bergantung kepada kadar pematuhan industri kepada sistem percukaian CBP.