Pelarian dana: bukti baharu peranan modal manusia
Masalah pelarian dana telah diselidik sejak awal tahun 1980-an. Namun kajian sedia ada hanya tertumpu kepada memperbaiki kaedah pengiraan pelarian dana dan faktor utama punca pelarian dana. Kajian ini mengorak selangkah lagi kehadapan dengan mengkaji faktor yang mampu untuk mengurangkan kesan nega...
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2016
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/10785/ http://journalarticle.ukm.my/10785/ http://journalarticle.ukm.my/10785/1/jeko_50%282%29-11.pdf |
Summary: | Masalah pelarian dana telah diselidik sejak awal tahun 1980-an. Namun kajian sedia ada hanya tertumpu kepada
memperbaiki kaedah pengiraan pelarian dana dan faktor utama punca pelarian dana. Kajian ini mengorak selangkah
lagi kehadapan dengan mengkaji faktor yang mampu untuk mengurangkan kesan negatif daripada dua faktor utama
pelarian dana iaitu kesan risiko ekonomi dan risiko institusi melalui saluran pengukuhan modal manusia. Tujuan kajian
ini adalah untuk menyelidik hubungan antara pelarian dana dan modal manusia dengan menggunakan kaedah sistem
panel dinamik. Hasil kajian menunjukkan bahawa pekali regrasi modal manusia mempunyai hubungan negatif dengan
aktiviti pelarian dana. Dapatan ini menerangkan bahawa modal manusia mampu mengurangkan aktiviti pelarian dana
dengan meningkatkan keyakinan pelabur untuk melabur dan mengekalkan pelaburan sedia ada. Oleh itu polisi yang
digubal untuk menangani masalah pelarian dana semestinya mengambil kira faktor pengukuhan sektor modal manusia. |
---|