Peranan keletihan emosi dan penghargaan kendiri berasaskan organisasi dalam hubungan antara persepsi sokongan organisasi dan tingkah laku kerja tidak produktif

Kajian ini bertujuan menguji peranan pengantara keletihan emosi dalam hubungan antara persepsi sokongan organisasi dan tingkah laku kerja tidak produktif. Selanjutnya, kajian ini juga meneliti peranan penyederhana penghargaan kendiri berasaskan organisasi (PKBO) dalam hubungan antara persepsi sokong...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Christopher Abas, Fatimah Omar, Fatimah Wati Halim, Sarah Waheeda Muhammad Hafidz
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/10824/
http://journalarticle.ukm.my/10824/
http://journalarticle.ukm.my/10824/1/8971-48605-1-PB.pdf
Description
Summary:Kajian ini bertujuan menguji peranan pengantara keletihan emosi dalam hubungan antara persepsi sokongan organisasi dan tingkah laku kerja tidak produktif. Selanjutnya, kajian ini juga meneliti peranan penyederhana penghargaan kendiri berasaskan organisasi (PKBO) dalam hubungan antara persepsi sokongan organisasi dan keletihan emosi. Berasaskan reka bentuk keratan rentas, sampel kajian ini melibatkan seramai 660 orang pegawai perkhidmatan awam daripada pelbagai kementerian di Malaysia. Hipotesis diuji dengan menggunakan analisis regresi berhierarki dan bootstrapping. Keputusan menunjukkan a) persepsi sokongan organisasi dan keletihan emosi mempunyai hubungan signifikan dengan tingkah laku kerja tidak produktif; b) persepsi sokongan organisasi dan PKBO mempunyai hubungan signifikan dengan keletihan emosi; c) keletihan emosi merupakan pengantara yang menghubungkan persepsi sokongan organisasi dan tingkah laku kerja tidak produktif; dan d) PKBO merupakan penyederhana yang mempengaruhi hubungan antara persepsi sokongan organisasi dan keletihan emosi.