Persepsi pelajar terhadap penggunaan perisian XTech dalam kaedah pengajaran Kursus Pengurusan Operasi dan Sains Pengurusan

Kursus Sains Pengurusan dan Pengurusan Operasi adalah kursus yang mengajar pelajar menyelesaikan masalah dan membuat keputusan perniagaan dengan menggunakan teknik kuantitatif. Sangat penting dikuasai oleh pelajar sebagai persediaan untuk ke alam pekerjaan. Permasalahan yang timbul adalah pelajar ma...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Roshayati Abdul Hamid, Noor Hasni Juhdi, Norazila Mat, Roshidah Abdul Wahab
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Perhubungan Alumni, Universiti Kebangsaan Malaysia 2015
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/10860/
http://journalarticle.ukm.my/10860/
http://journalarticle.ukm.my/10860/1/Roshayati-Abdul-Hamid.pdf
Description
Summary:Kursus Sains Pengurusan dan Pengurusan Operasi adalah kursus yang mengajar pelajar menyelesaikan masalah dan membuat keputusan perniagaan dengan menggunakan teknik kuantitatif. Sangat penting dikuasai oleh pelajar sebagai persediaan untuk ke alam pekerjaan. Permasalahan yang timbul adalah pelajar masih lemah dalam menguasai penyelesaian masalah secara kuantitatif. Kelemahan ini secara umumnya berpunca daripada kaedah pengajaran yang lebih tertumpu kepada kaedah manual. Kaedah ini sering menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pelajar kerana pendekatan yang digunakan melibatkan proses jalan kerja yang terlalu panjang. Oleh itu, adalah wajar untuk melakukan penambahbaikan terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran kursus Sains Pengurusan dan Pengurusan Operasi dengan membangunkan perisian XTech. Maka, kajian ini bertujuan untuk menilai sejauh mana penggunaan perisian XTech dapat membantu pelajar memahami cara mudah dan sistematik dalam teknik penyelesaian masalah yang berasaskan model kuantitatif. Kajian ini juga ingin menilai persepsi mudah guna dan kebergunaan perisian XTech serta hasrat tingkah laku mereka untuk menggunakannya. Hasil kajian menunjukkan peningkatan pencapaian pelajar selepas menggunakan perisian Xtech dan pelajar juga mempunyai persepsi yang positif terhadap kebolehgunaan, mudah digunakan dan hasrat untuk menggunakan perisian Xtech.