Tahap literasi kewangan dalam kalangan pelajar universiti awam: kajian di Universiti Kebangsaan Malaysia

Literasi kewangan adalah sangat penting dalam pembuatan keputusan kewangan oleh seseorang individu sebagai antara usaha untuk mencapai kesejahteraan kewangan. Dengan meningkatnya kemungkiran bayaran pinjaman pelajar dan perkaitannya dengan tahap literasi kewangan di Malaysia dan juga di peringkat gl...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Rubayah Yakob, Hawati Janor, Nurain Khamis
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Perhubungan Alumni, Universiti Kebangsaan Malaysia 2015
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/10861/
http://journalarticle.ukm.my/10861/
http://journalarticle.ukm.my/10861/1/Rubayah-Yakob.pdf
Description
Summary:Literasi kewangan adalah sangat penting dalam pembuatan keputusan kewangan oleh seseorang individu sebagai antara usaha untuk mencapai kesejahteraan kewangan. Dengan meningkatnya kemungkiran bayaran pinjaman pelajar dan perkaitannya dengan tahap literasi kewangan di Malaysia dan juga di peringkat global, maka kajian ini bertujuan menyelidiki tahap literasi kewangan dalam kalangan pelajar di universiti awam dengan mengambil pelajar terpilih dari Universiti Kebangsaan Malaysia, iaitu salah sebuah universiti awam di Malaysia sebagai sampel kajian. Selain daripada itu, kajian ini juga bertujuan mengenalpasti faktor-faktor yang boleh mempengaruhi tahap literasi kewangan dalam kalangan mereka. Hasil kajian menunjukkan bahawa secara purata pelajar di UKM memiliki tahap literasi kewangan yang sederhana. Hasil analisis regresi berbilang pembolehubah dan ANOVA satu-hala menunjukkan bahawa jenis fakulti dan prestasi akademik mempengaruhi tahap literasi kewangan pelajar. Faktor-faktor lain termasuk maklumat penajaan (penaja dan jumlah penajaan yang diperoleh per semester), maklumat ibubapa (pendapatan,pekerjaan dan kelayakan akademik ibu bapa), faktor demografi (jantina, bangsa), tempat tinggal, kelayakan akademik pelajar untuk memasuki universiti dan tahun pengajianadalah tidak siknifikan. Hasil kajian ini mencadangkan agar usaha untuk meningkatkan kesedaran mengenai pengetahuan kewangan perlu dipertingkatkan lagi dalam kalangan pelajar universiti. Dapatan daripada faktor-faktor yang mempengaruhi tahap literasi kewangan dapat membantu penggubal polisi, para pentadbir dan pendidik mengetahui aspek atau komponen penting yang perlu diambil kira dalam program pendidikan yang berkait dengan meningkatkan literasi kewangan.