Peranan perhubungan awam dalam segmentasi publik terhadap isu kebolehpasaran graduan
Kebolehpasaran seringkali dikaitkan dengan kejayaan graduan dalam mendapatkan pekerjaan. Setelah berhempas pulas menimba ilmu di universiti, pastinya pencapaian akademik yang diukur selama ini iaitu membolos kan diri dalam dunia pekerjaan menjadi teraju utama kejayaan seseorang graduan. Dengan men...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Pusat Pembangunan Mahasiswa & Perhubungan Alumni, Universiti Kebangsaan Malaysia
2016
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/10885/ http://journalarticle.ukm.my/10885/ http://journalarticle.ukm.my/10885/1/Artikel-9_Norliana-Hashim_FSSK.pdf |
Summary: | Kebolehpasaran seringkali dikaitkan dengan kejayaan graduan dalam mendapatkan pekerjaan. Setelah berhempas
pulas menimba ilmu di universiti, pastinya pencapaian akademik yang diukur selama ini iaitu membolos kan
diri dalam dunia pekerjaan menjadi teraju utama kejayaan seseorang graduan. Dengan mengambil pandangan
daripada perspektif komunikasi, kajian ini diilhamkan untuk mengenalpasti cara graduan bertindak balas dengan
masalah yang dialami. Kajian ini juga bertujuan memberikan pemahaman tentang fenomena sosial yang berkaitan
dengan perkembangan tingkah laku graduan yang mana diklasifikasikan sebagai publik dan boleh disegmentasikan
kepada empat jenis publik iaitu Bukan Publik, Publik Pendam, Publik Sedar dan Publik Aktif mengikut konteks
perhubungan awam. Seramai 787 responden terdiri daripada graduan UKM tahun 2014 telah memberi maklum
balas terhadap bancian dalam talian yang dilakukan. Hujahan kepada Teori Situasi dalam Penyelesaian Masalah
(STOPS) diuji untuk meneroka tindak balas graduan terhadap isu ini. Analisis mendapati Publik Sedar (68%) dan
publik pendam (22%) telah mendominasi dalam kalangan khalayak graduan yang ada. Dengan mengambil kira
reaksi komunikatif boleh membantu dalam kempen yang bakal dilakukan oleh pihak organisasi iaitu UKM serta
menyerlahkan publik yang sepadan melalui segmentasi yang telah dilakukan. Sebagai sebuah universiti yang
cakna, penonjolan komitmen daripada organisasi dalam menyelesaikan masalah di harap dapat meningkatkan
reputasi institusi sebagai sebuah universiti yang terunggul di mata dunia. |
---|