Tingkah laku inovatif dalam kalangan pelajar pascasiswazah: satu kajian rintis di Universiti Kebangsaan Malaysia

Kajian ini bertujuan untuk memahami konsep tingkah laku inovatif dan mengenalpasti dimensi atau faktor yang menyumbang kepada tingkah laku inovatif. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan menguji kesahan dan kebolehpercayaan instrumen yang telah dibina oleh Dorenbosch, Van Engen dan Verhagen (2...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nur Atiqah Abdullah, Norazila Mat, Roshayati Abdul Hamid, Noor Hasni Juhdi
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Perhubungan Alumni, Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/10891/
http://journalarticle.ukm.my/10891/
http://journalarticle.ukm.my/10891/1/Artikel-5_Nur-Atiqah-Abdullah_FEP.pdf
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk memahami konsep tingkah laku inovatif dan mengenalpasti dimensi atau faktor yang menyumbang kepada tingkah laku inovatif. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan menguji kesahan dan kebolehpercayaan instrumen yang telah dibina oleh Dorenbosch, Van Engen dan Verhagen (2005) untuk mengukur konstruk tingkah laku inovatif. Responden adalah terdiri daripada 126 orang pelajar pascasiswazah Universiti Kebangsaan Malaysia yang mempunyai pengalaman kerja. Keputusan analisis faktor mengesahkan dua dimensi yang menerangkan tingkah laku inovatif, iaitu faktor kreativiti dan implementasi idea, dengan nilai Bartlett’s Test of Sphericity = 917.80, signifikan (p<0.05), nilai KMO (Kaiser-Meyer-Olkin measure of sampling adequacy) = .922. Kedua-dua dimensi tersebut menyumbang sebanyak 70% kepada jumlah varian kumulatif. Keputusan ujian korelasi menunjukkan hubungan yang kuat dan signifikan antara kreativiti dan implementasi idea dengan tingkah laku inovatif. Sementara keputusan ujian alfa Cronbach menunjukkan kreativiti (α = .922), implementasi idea (α = .845) dan tingkah laku inovatif (α = .929) mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Akhir sekali implikasi kajian dibincangkan.